Khamis, 17 Oktober 2013

APA ITU ANGIN AHMAR ?
Angin ahmar atau stroke adalah satu keadaan di mana terdapat gangguan bekalan darah ke otak dengan tiba-tiba.Pada kebiasaannya ia berlaku di kalangan warga tua.Kematian akibat angin ahmar adalah 1.5 kali lebih tinggi pada warga tua yang berumur 85 tahun ke atas.

APAKAH YANG MENYEBABKAN ANGIN AHMAR?
  • trombosis (pembekuan darah)
  • pembekuan darah terbentuk di salur darah otak yang sempit
  • embolisme (pembekuan darah kecil)
  • arteri (salur darah) dalam otak tersekat oleh pembekuan darah, lemak atau udara
  • pendarahan pada arteri dalam otak akibat dari tekanan darah tinggi atau kecederaan di kepala
  • salur darah dalam otak tertekan oleh ketumbuhan
FAKTOR-FAKTOR RISIKO BAGI ANGIN AHMAR:
  • tekanan darah tinggi ~ faktor paling biasa berlaku yang boleh merosakkan salur darah dalam otak
  • makanan berlemak / tinggi kolestrol ~ kolestrol melekat pada dinding salur darah dan menyebabkan ia menjadi sempit dan mengurangkan pengaliran darah ke otak
  • berat badan berlebihan ~ meninggikan peluang untuk mendapat penyakit darah tinggi
  • merokok ~ asap tembakau akan menyempitkan salur darah dan mengurangkan bekalan oksigen ke otak dan organ-organ lain
  • diabetes ~ kandungan gula yang tinggi menyebabkan salur darah menjadi keras dan tebal
  • tekanan (stress) ~ tekanan darah akan meningkat apabila emosi tertekan
GEJALA ANGIN AHMAR
Gejala berlaku bergantung kepada bahagian mana otak yang terlibat.Gejala yang biasa adalah :
  • lemah atau lumpuh sebahagian tubuh
  • susah untuk bercakap dan menelan
  • hilang ingatan serta daya tumpuan
  • hilang keupayaan untuk mengawal air kencing atau najis
  • gangguan emosi - murung atau sedih
  • senang marah atau menangis
ANGIN AHMAR ADALAH KECEMASAN, JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA JIKA ANDA MENGALAMI TANDA-TANDA BERIKUT :
  1. kebas di sebahagian badan
  2. kesukaran bertutur
  3. sakit kepala / pening kepala
  4. gangguan penglihatan dengan tiba-tiba
OMEGA GUARD BANTU ATASI STROKE



Antara produk Shaklee yang dapat membantu mengatasi masalah stroke adalah Omega Guard.
Kenapa Omega Guard ?
Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan nutrien utama untuk mencegah masalah pembuluh darah ,mengurangkan kolestrol dan mencegah kolestrol daripada mengeras di bahagian organ dan pembuluh darah.
Kandungan EPA dan DHA dalam Omega Guard juga penting untuk mencegah penyakit jantung koronari.

VIVIX UNTUK PESAKIT STROKE



Bagi mereka yang mempunyai bajet lebih bolehlah mengambil produk Vivix untuk mengatasi masalah angin ahmar atau stroke.Vivix merupakan minuman botanikal yang mempunyai 1001 rahsia.
4 mekanisma utama Vivix adalah :
  • melindungi dan memperbaiki kerosakkan DNA
  • memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • menggalakkan boigenesis (pembentukan baru) mitochondria
  • melambatkan pembentukkan protien AGE (Advanced Glycation End products)
Perkongsian satu testimoni pengguna yang memberi Vivix kepada ibunya yang mengalami stroke...



"Assalamualaikum selamat petang..
Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati...Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat.. 

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express 'feeling' pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas 'study' punya 'study' dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga.. 


Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah 'train' mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan..
(kredit to hidup sihat dengan vitamin semulajadi)

Vivix bukan sahaja untuk mengatasi masalah stroke tetapi untuk pelbagai masalah.Ia merupakan tonik anti oksidan yang bertindak sehingga ke selular.
Apa-apa pun masalah atau penyakit yang kita hadapi,tidak salah jika kita berusaha untuk merawat dan mencegah.Kesemuanya berkat dengan keizinan dariNya....

Jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee hubungi saya :

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL : 012-9466377
EMAIL :norehansaad81@gmail.com


0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog