Khamis, 17 Oktober 2013

Pasti semua ibu risau dan tidak tahu bagaimana caranya untuk menidurkan bayi tanpa menggunakan buaian.Bukan mudah untuk melakukan sedemikian kerana ianya memerlukan kesabaran dan kelembutan untuk memastikan bayi anda cepat tidur.


Saya ingin berkongsi beberapa cara untuk menidurkan bayi dengan mudah tanpa menggunakan buaian.Bagi ibu bapa yang anak mereka sukar untuk tidur,bolehlah mencuba cara-cara seperti berikut :
  • menukar lampin baru dan bersih
  • lap badan bayi anda dengan tuala basah dan tukarkan dengan baju yang baru dan bersih
  • gunakan lotion atau minyak angin dan urut dengan lembut di bahagian belakang dan bahagian perut si manja anda
  • jika masih tidak mahu tidur,cuba urutan lembut di bahagian betis serta tapak kaki
  • urutan di bahagian badan,perut,betis dan tapak kaki melegakan rasa kurang selesa pada bayi anda
  • tidurkan anak anda dalam keadaan mengiring ke kanan kerana itu adalah tidur yang paling baik untuk bayi
  • tepuklah perlahan-lahan ,nyanyikan lagu kegemaran anak anda atau berselawat hingga bayi anda tertidur...
Urutan tapak kaki boleh dilakukan seperti gambarajah di bawah :


Dodoikan sendiri anak-anak merupakan cara yang lebih baik berbanding dengan menggunakan buaian kerana dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan anak...
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu-ibu semua....:)

Related Posts:

  • PETUA CEGAH JAUNDISJaundis atau demam kuning bagi bayi yang baru dilahirkan memang sering terjadi.Ramai yang mengatakan bahawa ibu-ibu yang mempunyai darah kumpulan O amat mudah untuk bayi mereka mengalaminya.Bayi saya , Nur aisyahusna masuk wa… Read More
  • DIET YANG SIHAT , KULIT YANG SIHATTahukah anda bahawa pemakanan memainkan peranan besar untuk kulit cantik ? Makan secara sihat membantu kita mengekalkan kulit yang berseri secara semulajadi.Jadi,pastikan kita memakan makanan yang bermanfaat untuk kulit hari … Read More
  • TANDA-TANDA PENGELUARAN TOKSINSecara umumnya, jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada ku… Read More
  • 6 TIPS PENJAGAAN KULIT UNTUK CUACA PANASBerikut adalah 6 langkah-langkah mudah yang boleh membantu kita mengekalkan kulit yang cantik sepanjang tahun! 1) PERLINDUNGAN KESELURUHAN Sebelum menghabiskan masa di luar rumah,sapukan pelindung matahari dengan perlind… Read More
  • PANDUAN MUDAH BERSALINBuat bakal ibu yang akan bersalin tidak lama lagi pasti menanti saat itu dengan penuh debaran.Jangan risau sangat ok , tenangkan diri dan sentiasa fikirkan yang baik-baik sahaja.Saya ingin kongsikan buat bakal ibu semua beber… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog