Jumaat, 18 Oktober 2013

PANTANG BERSALIN
Apakah yang dimaksudkan dengan pantang bersalin?
Dalam masyarakat melayu,pantang bersalin kebiasaannya selama 44 hari.Ada juga yang berpantang sehingga 100 hari.Dalam tempoh berpantang tersebut,apakah pantang larang yang tidak boleh dilakukan?

Pada kebiasaannya,dalam tempoh tersebut terdapat beberapa amalan yang mesti dilakukan oleh ibu-ibu yang baru bersalin.Antara amalan yang biasa dibuat ialah bertungku,berurut,berbengkung,berlulur,mandi herba dan bertangas.

Dalam tempoh ini juga,pemakanan juga perlu dijaga agar cepat pulih.Jika amalan dan pemakanan dijaga dengan baik dan dilakukan dengan betul,pasti akan memberi banyak manfaat kepada ibu.

Bagi umat Islam,semasa dalam tempoh berpantang,solat dan puasa tidak boleh dilakukan selagi darah nifas tidak kering.Jika darah nifas kering pada hari yang ke 30,maka bolehlah bersolat.

Ingin bersama suami? Bagi umat Islam,selepas darah nifas sudah kering,bolehlah bersama suami.Tetapi dalam amalan berpantang Melayu,ibu-ibu digalakkan bersama suami sehingga cukup 44 hari atau sehingga 100 hari.

AMALAN PEMAKANAN SEMASA BERPANTANG
Pemakanan bagi ibu yang berpantang amat perlu dititikberatkan kerana jika tersalah makan akan memudaratkan kepada kesihatan ibu.Amalan pemakanan yang perlu diamalkan ialah :

  • elakkan makanan laut seperti udang,sotong,kerang,ikan pari dan ikan cencaru
  • makanan yang kurang berminyak dan tidak pedas.Kebiasaannya makanan ibu bersalin akan dibakar atau direbus
  • dilarang meminum air yang banyak dalam satu masa.Minum sedikit demi sedikit dengan sukatan 1/2 ke 1 cawan sekali minum.Jika minum air terlalu banyak terutamanya air sejuk ia akan menyebabkan urat kembang dan melambatkan pengecutan rahim,faraj mudah longgar dan menyebabkan perut buncit.
  • minuman yang sejuk,bergas atau tajam perlu dielakkan untuk mengelakkan masalah sakit tulang,sejuk otot serta lemah sendi iaitu penyakit artritis dan reumatisme.

Tip pantang


Tip pantang bersalin

Antara amalan yang dilakukan dalam masyarakat Melayu.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu yang pertama kali mengalami proses berpantang ini....:)

Related Posts:

  • PETUA UNTUK TURUNKAN SUHU ANAK-ANAK YANG DEMAMPETUA TRADISIONAL TURUNKAN SUHU ANAK DEMAM Salam semua...bagaimana dengan kesihatan anda hari ini...keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu,menyebabkan anak-anak terdedah kepada pelbagai penyakit terutamanya demam,selsema … Read More
  • MASKER SEMULAJADI DENGAN SHAKLEE ESP DAN VITAMIN E Salam semua....masih dalam mood raya kan...macam-macam yang kita makan dalam musim perayaan ni...makanan berlemak seperti rendang daging,nasi minyak,kari ayam dan pelbagai lagi...semua tu menyumbang k… Read More
  • JANGAN CABUT UBANJANGAN CABUT UBAN Ramai di kalangan umat islam yang sering mencabut uban mereka.Tetapi mereka tidak mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah di larang dalam islam.Rasullullah SAW bersabda , "Sesungguhnya uban adalah caha… Read More
  • PETUA BANYAKKAN SUSU BADANPETUA DAN TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN Salam untuk semua...ibu-ibu di luar sana pasti ramai yang menyusukan bayi dengan susu badan...namun susu semakin lama semakin berkurangan..saya ingin berkongsi beberapa petua dan tip… Read More
  • PETUA UNTUK KULIT TEGANGKHASIAT LOBAK MERAH Tahukah anda lobak merah mempunyai pelbagai khasiat dan petua untuk diamalkan?Saya ingin berkongsi satu petua untuk menegangkan kulit hanya dengan menggunakan lobak merah...Kebanyakkan wanita perteng… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog