Rabu, 28 Ogos 2013

PETUA TRADISIONAL TURUNKAN SUHU ANAK DEMAM

Salam semua...bagaimana dengan kesihatan anda hari ini...keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu,menyebabkan anak-anak terdedah kepada pelbagai penyakit terutamanya demam,selsema dan batuk.Kalau pergi ke klinik sekarang ni,pasti ramai ibu bapa yang bawa anak sebab demam...dilanda musim demam sekarang ni...termasuklah anak saya yang ketiga ,Haqim..dah tiga hari demam...
Untuk entry kali ni saya ingin berkongsi beberapa petua tradisional yang boleh menurunkan suhu anak-anak yang demam...masa hari pertama Haqim demam hari tu,saya hanya bagi dia ubat demam mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor..suhunya hanya turun beberapa jam saja..lepas tu suhunya tinggi semula.Haqim asyik merengek je...tak nak dengan orang lain pulak tu.. asyik berkepit dengan ibunya je..saya nak buat kerja pun susah..saya pun teringat yang saya pernah baca dalam blog kawan saya petua ni..saya ambil beberapa helai daun bunga raya putih,ramaskan dalam semangkuk air dan sapukan di kepala anak...turunlah sikit suhu dia...petangnya pula saya mandikan dia dengan air daun bunga raya putih tu..malamnya dah elok dia main dengan abang dan kakaknya..lega rasanya bila tengok demamnya dah ok...alhamdulillah...hanya dengan petua trodisional je...

Pokok bunga raya putih..

Selain daun bunga raya putih,satu lagi bahan semulajadi yang boleh menurunkan suhu ialah asam jawa...setiap kali anak saya demam saya mesti buatkan air asam jawa yang pekat dan sapukan ke seluruh badannya ..biarkan kering..lakukannya berulang-ulang kali ...insyaallah suhunya akan turun...


Asam jawa..

Ada juga yang menggunakan ais untuk menurunkan suhu..ambil beberapa ketul ais dan dibungkus dengan kain dan tuamkan ke bahagian pelipat badan..di celah ketiak,di celah kelangkang,belakang lutut,leher dan di pelipat siku..insyaallah suhu badan akan turun dengan cepat..ayah saya selalu amalkan petua ni kalau dia demam...berkesan tau...cubalah...

ais untuk turunkan suhu yang tinggi

Kesemua bahan-bahan yang tersebut di atas amat mudah didapati...kat rumah dah memang ada kan...jadi guna jelah...
Kadang-kadang petua orang dulu-dulu sangat berguna..jadi janganlah kita melupakan apa yang diamalkan oleh datuk nenek kita dulu ye...sebaik-baiknya gunalah kedua-dua kaedah samaada cara moden atau tradisional kerana semuanya terbaik untuk kita...kita hanya berikhtiar,berusaha...Allah jua yang menentukannya...semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua....jumpa di entry yang lain pula...wassalam...

Related Posts:

  • GELAGAT ANAK NAIK KAPAL TERBANGSemalam baru pulang dari Sarawak.Kali kedua saya berpeluang menjejakkan kaki ke bumi kenyalang.Yang paling seronok tengok gelagat anak-anak naik kapal terbang.Memang kelakar.Masa kali pertama dulu tahun lepas,anak saya Haqim … Read More
  • TIPS JIMAT ELEKTRIK DI RUMAHTiap-tiap bulan kena bayar bil elektrik sehingga beratus-ratus ringgit.Mana tidaknya,dalam setiap bilik ada air-cond,tv 24 jam terpasang,nak tidur baru tutup.Basuh baju setiap hari.Anak-anak sehari 3 kali tukar baju.Macam man… Read More
  • TIPS ANAK CEMERLANG DARI 1A MENINGKAT KE 5ASemua ibu bapa inginkan anak-anak cemerlang dalam pelajaran.Pelbagai cara dan tips dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam peperiksaan akhir tahun 2014 baru-baru ni,anak saya ,Zira berjaya dapat 5A dalam matapelajar… Read More
  • PETUA MERAWAT KANSER TAHAP 4Selamat malam semua.. Malam ni saya nak berkongsi satu petua merawat kanser tahap 4.Walaupun doktor telah mengesahkan kita mengidap kanser tahap 4 tetapi kita masih boleh berikhtiar untuk memulihkan kesihatan kita.Ini petua y… Read More
  • TIPS MEMBUAT SUSU YANG BETUL AGAR TIDAK MEMBAHAYAKAN BAYIMembuat susu formula juga ada cara dan tekniknya.Ramai ibu yang masih tidak tahu bagaimana tips membuat susu dengan betul.Tidak ada gunanya jika menggunakan susu yang paling mahal sekalipun tetapi cara membancuh yang salah se… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog