Khamis, 29 Ogos 2013

JAUNDICE : NORMAL ATAU TIDAK...

Salam semua...pasti ibu-ibu yang akan melahirkan bayi risau kerana bayi yang baru dilahirkan pada kebiasaannya akan mengalami masalah demam kuning.Jom kita baca lebih lanjut tentang demam kuning ini..


Apa itu 'Jaundice' ?

Demam kuning atau istilah perubatannya ialah 'jaundice' adalah keadaan di mana kulit dan mata bayi menjadi kuning.Ia biasa berlaku kepada bayi yang baru lahir,dua atau tiga hari selepas lahir.Ia akan mencapai kemuncak selepas empat hari dan akan hilang selepas dua minggu.Jaundice tidak bermakna bayi kita sakit.

Bagaimana kekuningan ini dikesan ?

Kekuningan ini dikesan dengan menekan hujung kuku kita dengan lembut pada kulit bayi.Kekuningan juga lebih mudah dikesan pada putih mata (sclera) ,muka hingga ke dada.
Kekuningan ialah fenomena normal apabila darah pada bayi menjadi rosak dan pecah dan dicernakan oleh organ hati.Pencernaan dan penguraian komponen dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin.
Biasanya bilirubin ini dapat dibuang melalui najis.Tetapi apabila terlalu banyak darah yang rosak dan pecah serta diuraikan secara serentak dalam satu masa,tahap bilirubin dalam darah akan meningkat.Peningkatan bilirubin ini dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi.
Pemeriksaan tahap bilirubin dilakukan dengan mengambil sedikit titisan darah pada tumit kaki bayi.Tahap bilirubin yang mencapai 85 umol/l (5mg/dL) akan menunjukkan kekuningan.

Apakah rawatan yang diberikan ?

1) Rawatan fototerapi
-jika tahap bilirubin melebihi 359 umol/l (21mg/dL).Rawatan ini akan membantu bilirubin ditukarkan kepada biliverdin yang lebih mesra tubuh dan mudah dikumuhkan.Rawatan ini harus diberikan selama 48 jam.
rawatan fototerapi..

2) Rawatan 'exchange transfusions'
-hanya dilakukan jika tahap bilirubin melebihi 428 umol/l (25 mg/dL).Ia adalah pemindahan darah bayi dan digantikan dengan darah yang lain.

Selain itu,doktor akan menasihatkan supaya ibu meyusukan bayi sekerap yang mungkin supaya bilirubin dikumuhkan melalui najis.

Bercerita tentang masalah jaundice ini,saya juga ingin berkongsi pengalaman sendiri ..anak pertama dan ketiga saya hanya mengalami masalah jaundice ditahap yang rendah..proses kelahiran kedua-dua anak saya ini  dilakukan di hospital kerajaan,jadi bayi terus diberikan kepada kita dan jururawat meminta menyusukan terus bayi saya.. kolostrum susu ibu sangat bagus untuk antibodi kepada bayi kita...
Manakala anak saya yang kedua dilahirkan di hospital swasta..sebaik sahaja dilahirkan bayi saya terus diletakkan di bawah jagaan nurseri hospital tu...mereka memberikan anak saya susu formula tanpa meminta kebenaran dari saya...akibatnya anak saya ditahan di wad untuk beberapa hari kerana tahap bilirubin yang agak tinggi...anak saya diberikan rawatan fototerapi..tetapi pada hari kedua bacaannya semakin tinggi menyebabkan anak saya terpaksa dimasukkan air satu beg...hanya tuhan yang tahu perasaan saya ketika itu apabila melihat jari anak yang kecil dicucuk jarum sehinggalah bacaannya normal barulah jarum itu ditanggalkan...selama 3 hari saya menjaga anak saya di wad..lega rasanya apabila tahap bilirubinnya sudah turun...
Kepada ibu-ibu semua..susuilah bayi anda dengan susu ibu kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk anak kita...jangan risau jika bayi anda terkena demam kuning kerana susu ibu sangat membantu...insyaallah...wassalam...

susu ibu susu yang terbaik..

*sumber :blog Dr Zabidi


0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog