Khamis, 29 Ogos 2013

Salam semua.....
Harapan saya agar semua ibu-ibu sihat dan ceria dalam melayan karenah anak-anak ni...saya pasti ramai ibu diluar sana yang menyusukan bayi mereka kan...ia merupakan satu pengalaman yang paling berharga buat kita sebagai ibu...saya juga memberikan penyusuan sepenuhnya kepada tiga orang anak saya dan masih meyusukan bayi yang berumur 1 tahun 3 bulan...sebagai suri rumah sepenuh masa,saya merasakan inilah peluang yang terbaik untuk menyusukan anak-anak..dua orang anak saya sudah berjaya saya susukan sehingga umur 2 tahun lebih..alhamdulillah...seronok melihat mereka membesar tanpa menghadapi banyak masalah kesihatan...jarang demam,selsema dan batuk...badan saya pun slim seperti sebelum kahwin dulu...jimat kos sebab tak payah nak beli susu anak kan...banyak lagilah kelebihannya...

Haqim, 1 tahun 3 bulan ,masih menyusu...

Banyak kebaikannya apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural.Kita disarankan agar memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain kepada bayi.

Kebaikan kepada bayi :
-susu ibu kaya dengan antibodi dan hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus),jangkitan pada pernafasan,jangkitan telinga,alahan makanan,kerosakan gigi,pneumonia dan meningitis
-membantu mencegah bayi dari mendapat kanser
-IQ bayi yang diberi susu ibu 5 tahap lebih tinggi daripada bayi lain.Bayi yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberi manfaat pada IQ.
-mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk proses tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
-kolostrum,susu ibu permulaan yang dikeluarkan dari hari pertama sehingga hari ketiga mengandungi antibodi (igA)yang dapat melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan.

Kebaikan kepada ibu :
-penyusuan sepenuhnya akan menjarakkan proses kehamilan
-susu ibu akan merembeskan sejenis oksitoksin dimana hormon ini membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal serta megurangkan pendarahan
-mengurangkan risiko kanser payudara,ovari,pra-monopouse dan osteoporosis
-membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti penyusuan ini
-tidak perlu membeli susu dan menjimatkan wang,tidak perlu membasuh botol-botol susu,boleh diberikan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja
-mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai oleh bayi
-dalam Islam banyak kelebihan pahala diberikan kepada ibu yang menyusukan bayi


penyusuan susu ibu

Begitu banyak kebaikan yang diperolehi dari penyusuan susu ibu.Dalam Islam pun banyak fadhilat dan pahala yang diberikan kepada ibu-ibu yang meyusukan bayi.Begitu sayangnya Allah kepada insan yang bergelar IBU...lakukanlah pilihan yang terbaik untuk kesihatan anak -anak anda..

SUSU IBU PILIHAN YANG TERBAIK...

Related Posts:

  • TIPS BERSALIN DAN BERPANTANGPANTANG BERSALIN Apakah yang dimaksudkan dengan pantang bersalin? Dalam masyarakat melayu,pantang bersalin kebiasaannya selama 44 hari.Ada juga yang berpantang sehingga 100 hari.Dalam tempoh berpantang tersebut,apakah pantang… Read More
  • TIPS MENANGANI BENGKAK KAKI SEMASA HAMILMasalah bengkak kaki atau Edema semasa hamil adalah masalah yang biasa dialami oleh ibu yang hamil.Pada kebiasaannya kaki akan lebih membengkak apabila kandungan memasuki trimester ketiga dalam fasa kehamilan.Tapi semasa hami… Read More
  • KHASIAT GARAMTerlebih ambil garam akan menyebabkan darah tinggi.Kita sebenarnya telah disogok dengan dengan fakta yang palsu.Ini merupakan protokol Yahudi...Mari kita renung dan kembali kepada Sunnah Nabi... * sebelum makan nabi akan amb… Read More
  • CARA MUDAH TIDURKAN BAYI TANPA BUAIANPasti semua ibu risau dan tidak tahu bagaimana caranya untuk menidurkan bayi tanpa menggunakan buaian.Bukan mudah untuk melakukan sedemikian kerana ianya memerlukan kesabaran dan kelembutan untuk memastikan bayi anda cepat ti… Read More
  • KESAN KAFEIN KEPADA KESUBURAN WANITAMinuman yang mengandungi kafein seperti kopi,nescafe ,coklat dan bermacam lagi memang melazatkan.Namun ,tahukah anda bahawa pengambilan kafein bagi wanita mahupun lelaki akan memberi kesan terhadap tahap kesuburan ?Bagi wanit… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog