Khamis, 26 November 2015

Tahukah anda bahawa pemakanan memainkan peranan besar untuk kulit cantik ? Makan secara sihat membantu kita mengekalkan kulit yang berseri secara semulajadi.Jadi,pastikan kita memakan makanan yang bermanfaat untuk kulit hari ini !

MAKANAN SIHAT YANG PERLU DIAMBIL

1) Antioksidan



Antioksidan menentang kerosakan radikal bebas dan mengurangkan kedutan kulit.Cuba diet yang kaya dengan vitamin c dan antioksidan seperti strawberi,kiwi,lada dan brokoli.

2) Zink


Kulit kita mengandungi kira-kira 6% zink dalam badan kita.Zink melindungi sel membran dan membantu mengekalkan kolagen kulit.Jadi untuk kulit yang lebih anjal ,cuba makanan seperti chickpeas , oat dan kacang gajus yang kaya dengan zink.

3) Asid Lemak Omega-3


Asid lemak Omega-3 membantu mengekalkan sel membran kulit,membenarkan air dan nutrien masuk serta membawa toksin keluar.Ia juga membantu mengurangkan jerawat kerana ia mempunyai sifat-sifat anti radang yang baik.Ikan dan minyak ikan adalah sumber asid lemak Omega-3 yang baik.

4) Protein


Adakah anda tahu bahawa protein membantu kita memiliki kulit yang licin dan berseri ? Asid amino daripada protein berfungsi sebagai blok binaan untuk struktur dalam kulit termasuk kolagen.Selain daging,sumber protein yang baik adalah soya yang juga mengandungi genistein yang dipercayai boleh mengurangkan kerosakan matahari.

Pilihlah makanan yang sihat untuk memiliki kulit yang sihat,cantik dan berseri....


Related Posts:

  • LIMA MINIT SELEPAS PROSES KELAHIRAN BAYIProses melahirkan bayi berbeza bagi sesetengah wanita.Ada yang mengambil masa yang lama misalnya mereka yang baru pertama kali melahirkan.Namun ,semuanya bergantung kepada ibu-ibu samaada mereka mempunyai kekuatan tenaga yang… Read More
  • SELSEMA DAN TIPS ELAKKAN JANGKITANPerubahan musim setiap tahun menyebabkan virus mudah disebarkan malah penyakit yang paling mudah dijangkiti ialah selsema.Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan k… Read More
  • TIPS KESELAMATAN KETIKA HADAPI BANJIRBanjir oh banjir.... Pada tanggal 2 Disember 2013 yang lalu,kawasan perumahan yang saya diami iaitu Taman Sri Rompin, telah dinaiki air.Ini adalah kali kedua saya terpaksa meredah air banjir yang dalamnya separas lutut.Banjir… Read More
  • TIPS BAYI MUNTAH SELEPAS MENYUSUMuntah selepas menyusu menjadi kebiasaan kepada bayi.Namun ,anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk memastikan tiada masalah lain yang membahayakan bayi.Antara sebab-sebab biasa bayi muntah selepas menyusu ialah b… Read More
  • KHASIAT GARAMTerlebih ambil garam akan menyebabkan darah tinggi.Kita sebenarnya telah disogok dengan dengan fakta yang palsu.Ini merupakan protokol Yahudi...Mari kita renung dan kembali kepada Sunnah Nabi... * sebelum makan nabi akan amb… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog