Selasa, 6 Januari 2015

Diabetes atau kencing manis adalah keadaan dimana gula berlebihan dalam salur darah.Gula dikatakan berlebihan apabila gula tidak dapat digunakan atau dicernakan sebagai komponen lain seperti glikogen.


Tubuh kita memerlukan gula tetapi,apabila ianya sudah melebihi paras normal dan tidak bertukar kepada tenaga,maka akan menjadi masalah pada tubuh badan.Organ yang paling penting untuk memastikan gula dalam badan digunakan sepenuhnya ialah PANKREAS.Pankreas sebenarnya seperti kilang enzim.Semuanya dihasilkan di pankreas.Salah satunya ialah INSULIN.Insulin bertindak apabila terdapat peningkatan paras gula dalam darah.Ia juga memindahkan GLUKOS dari salur darah ke OTOT dan TISU BADAN lain sebagai tenaga.Apabila enzim tidak berfungsi membantu menukarkan gula kepada tenaga,ia juga boleh menyebabkan diabetes berlaku.



Pankreas

JENIS-JENIS DIABETES
Terdapat 3 jenis diabetes yang biasa dihidapi iaitu :

1. TYPE I
  • Juga dinamakan insulin dependent diabetes kerana pesakit terpaksa mengambil suntikan insulin seumur hidup.Ini disebabkan pankreas tidak menghasilkan insulin yang cukup untuk keperluan badan.
  • Berat badan pesakit akan menurun dan kelihatan kurus.
  • Dihidapi oleh golongan muda dan kanak-kanak.
2. TYPE II
  • Pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk keperluan badan atau sel-sel badan tidak lagi bertindakbalas dengan insulin.
  • Pesakit akan mengalami obesiti (gemuk).
  • Dihidapi oleh golongan dewasa,obesiti,tidak aktif dan tidak menggunakan tenaga.
  • Apabila kita makan,gula dari makanan itu akan diserap oleh insulin dan ditukar menjadi tenaga dan disalurkan dalam darah ke otot dan tisu badan.Tetapi tidak semua,ada sebahagian yang disimpan dalam badan dan ditukarkan menjadi tenaga apabila diperlukan.
  • Bagi orang yang obesiti,biasanya mereka tidak melakukan banyak aktiviti.Jadi tenaga yang disimpan itu tidak digunakan langsung.Dalam masa yang sama pemakanan yang tidak seimbang bertambah.Obesiti ini boleh menyebabkan badan sukar untuk mengekalkan tahap gula yang normal dalam darah.
3. GDM ( Gastetional Diabetes Melitus )
  • GDM biasanya dihidapi oleh wanita hamil yang mengidap diabetes sepanjang tempoh kehamilan.
  • Bagi pesakit GDM,setiap kali membuang air kecil,banyak air yang keluar dari badan kerana badan mahu mengeluarkan gula yang berlebihan itu.
  • Gula yang berlebihan ini akan membuatkan darah menjadi pekat dan badan secara semulajadinya akan menyingkirkan lebihan itu.
  • Maknanya,ada 1 organ lagi yang terpaksa bekerja keras iaitu GINJAL.

SIMPTOM DIABETES
  • Letih dan lesu
  • Cepat haus
  • Cepat lapar
  • Penglihatan kabur
  • Luka lambat sembuh
  • Kerap kencing
  • Kulit kering dan gatal
  • Kebas-kebas di kaki
KOMPLIKASI DIABETES
  • Kegagalan buah pinggang
  • Kerosakan pada salur darah dan saraf
  • Risiko penyakit kasdiovaskular
  • Buta
  • Kena potong kaki
Salah satu cara untuk menurunkan paras gula dalam darah ialah dengan pengambilan suplemen yang sesuai.
Klik link di bawah untuk mengetahui suplemen tersebut...
kawal-kencing-manis-dan-diabetes-dengan_20.html




0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog