Rabu, 3 Disember 2014

Kelahiran bayi pramatang perlu diambil berat terutamanya dalam penyusuan susu ibu.Bagi ibu yang mengalami situasi ini,jangan merasa panik kerana kita memerlukan keazaman dan usaha yang gigih untuk membesarkan bayi pramatang ini.Menyusukan bayi pramatang memang mencabar tetapi bagaimana caranya ?

PERKONGSIAN PENGALAMAN :
Video di bawah ini merupakan salah satu pengalaman seorang ibu dalam menyusukan bayinya yang pramatang.Jom kita tonton untuk perkongsian bersama...




Pengalaman ibu bayi pramatang


SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK IBU MENYUSU :

1. Alfalfa - sebagai peransang penghasilan susu ibu dan mengatasi masalah ekzema pada bayi.

2. Energizing Soy Protein - sumber protein untuk pertumbuhan sel-sel baru.

3. Ostematrix - sumber kalsium untuk menguatkan tulang bayi.

4. Vitalea - multivitamin untuk pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh.

PENJAGAAN BAYI PRAMATANG 
Penyusuan susu ibu adalah keperluan utama kepada bayi pramatang.Oleh itu,ibu yang mempunyai bayi pramatang yang belum mampu menghisap susu dari payudara hendaklah mengepam sekurang-kurangnya 8 kali sehari semalam (3 jam sekali) atau sebaik-baiknya 12 kali sehari semalam (2 jam sekali).

Penyusuan bayi pramatang adalah berbeza dengan bayi yang cukup bulan,bukan sahaja disebabkan mereka minum susu melalui tiub malah,bayi pramatang mempunyai tubuh yang sangat rapuh di mana sistem imuniti  belum terbina.Paru-paru dan usus mereka juga amat lembut,oleh itu kebanyakan bayi pramatang memerlukan alat bantuan pernafasan kerana tanpa alat tersebut,mereka akan berisiko untuk mengalami kerosakan paru-paru.

Pemberian susu haruslah secara sedikit demi sedikit kerana usus mereka belum matang dan berkemungkinan boleh pecah dan berdarah jika menerima susu berlebihan.Oleh kerana sistem imuniti mereka sangat lemah,maka bayi pramatang memerlukan susu ibu yang paling segar kerana antibodi yang terdapat dalam susu belum rosak.Jangan dibekukan susu perahan kerana ia tidak sesuai untuk bayi pramatang.

Selain itu,bayi pramatang memerlukan sentuhan,urutan dan kata-kata semangat terutama dari ibunya.Sentuhan,urutan dan belaian mesra akan membuatkan bayi kita lebih bersemangat dan menghilangkan rasa takutnya.

Kepada ibu-ibu bayi pramatang,jangan sekali-kali merasa buntu,hadapilah cabaran ini dengan semangat yang kental.In syaallah kita akan berjaya membesarkan bayi pramatang ini.Semoga video pengalaman itu tadi dan sedikit panduan ini memberi manfaat buat kita.

Sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma ,hanya hubungi saya...:)

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

2 ulasan:

  1. bayi pramatang perlukan penjagaan extra dari ibubapa dan paling diutamakan adalah susu ibu...

    BalasPadam
  2. Inilah antara pengorbanan seorng IBU yang jarang2 skali kita hargai..huhu

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Follow by Email

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Pengunjung blog