Khamis, 11 Disember 2014

Semalam baru pulang dari Sarawak.Kali kedua saya berpeluang menjejakkan kaki ke bumi kenyalang.Yang paling seronok tengok gelagat anak-anak naik kapal terbang.Memang kelakar.Masa kali pertama dulu tahun lepas,anak saya Haqim berusia setahun lebih.Asyik tidur je sepanjang kedua-dua perjalanan.Tak banyak la kerenah dia.

Untuk kali kedua ni,dia dah besar sikit jadi dah tak boleh nak control.Excited dia masa nampak kapal terbang kat aitport. " nak naik " itu yang dia cakap tapi pelat la sikit.hehehe...


Dah siap nak berlepas...

Tu gambar masa nak berlepas.Dah siap pakai tali pinggang.Masa ni Haqim masih duduk diam lagi,tapi tak lama lepas tu,mula dia nak ke depan,nak ke belakang.Tak reti nak duduk diam.Last-last tertidur jugak akhirnya....dengan aku-aku terlelap.Mengantuk.Ye la bertolak dari Rompin seawal 6 pagi sebab flight pukul 11.40 pagi.Dapat lelap sekejap je lepas tu dah nak mendarat.Emmmm.....jadi laa...

Ini beberapa tips buat ibu-ibu yang membawa bayi naik kapal terbang :
  • Susukan bayi semasa take off dan landing.Jika bayi minum susu formula,susukan bayi sehingga kenyang sebelum masuk ke depature hall dan sebelum boarding bancuh susu lain.
  • Disarankan jangan tidurkan bayi sebelum boarding supaya nanti dia mudah tidur dalam flight.
  • Bawalah bantal kecil untuk keselesaan bayi kita tidur.
  • Tukar lampin bayi sebelum naik kapal terbang supaya dia rasa selesa dan tidak meragam.
Kalau bayi yang jenis kuat meragam memang haru naik flight.Kita pun akan rasa penat nak melayan kerenah dia.Nasib baik Haqim tak meragam.Bila lagi nak naik kapal terbang ye....seronok tau...

Related Posts:

  • BAHAYA MAKANAN SEGERAMakanan segera adalah makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu.Ia mungkin makanan di dalam tin,makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog,makanan sejuk beku dan sebagain… Read More
  • BAYAM KAYA DENGAN MAGNESIUMBayam merupakan salah satu sayuran kegemaran saya.Anda bagaimana?Biasanya saya akan goreng atau tumis je sayur bayam ni...memang sedap dimakan bersama nasi putih ditambah pula dengan ikan masin goreng dan sambal belacan.Tak p… Read More
  • TIPS MELEGAKAN JAHITAN EPISIOTOMI/JAHITAN SELEPAS BERSALINAPA ITU EPISIOTOMI? Luka episiotomi adalah potongan yang dilakukan di kawasan perinium ketika proses bersalin bagi menyediakan bukaan yang lebih luas untuk bayi keluar.Pada kebiasaannya doktor akan melakukan potongan secara m… Read More
  • KESAN TIDUR BERLEBIHANTidur adalah perkara yang paling menyeronokkan.Ketika itulah kita mahu merehatkan badan setelah penat melakukan aktiviti seharian.Tidur merupakan cara terbaik untuk memulihkan keadaan tubuh.Waktu tidur yang disarankan untuk k… Read More
  • KHASIAT KULIT LIMAUBuah oren atau buah limau menjadi kegemaran apabila tiba musim perayaan seperti Tahun Baru Cina.Buah limau merupakan sumber terbaik vitamin C,baik untuk kesihatan dan juga untuk perawatan kulit.Namun,tahukah anda semua bahawa… Read More

1 ulasan:

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog