Ahad, 23 November 2014

Semua ibu bapa inginkan anak-anak cemerlang dalam pelajaran.Pelbagai cara dan tips dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut.
Dalam peperiksaan akhir tahun 2014 baru-baru ni,anak saya ,Zira berjaya dapat 5A dalam matapelajaran UPSR.
Zira adalah murid 3 Intelek di Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri.Dalam kelas pula dapat nombor 13. 24 orang murid 3 Intelek dapat 5A.Ramai tu....keputusan yang agak cemerlang dan meningkat.Tak sangka Zira boleh dapat 5A sebab memang tak pernah dapat pun.Paling tinggi pun 4A je masa tahun 2.Peperiksaan pertengahan tahun yang lepas pun dapat 1A je.Banyak peningkatan.Sebagai ibu memang saya bangga dengan keputusan tersebut.Sebelum peperiksaan tu,saya ada cakap kat dia,kalau kakak boleh dapat 5A,ibu bagi hadiah tau.Mungkin sebab tu kot dia buat sungguh-sungguh....kat sekolah pun dia dapat hadiah....suka dia...



Hadiah Zira dapat kat sekolah

Jom saya kongsikan beberapa tips anak cemerlang buat korang semua :
  • Bila anak balik sekolah,sentiasa check ada kerja sekolah ke tak.Jadilah ibu bapa yang prihatin terhadap kerja sekolah anak-anak.
  • Sentiasa bersama-sama membuat kerja sekolah dengan anak-anak.Bantu mereka selesaikan kerja sekolah sehingga siap.
  • Tetapkan satu jadual belajar di rumah agar masa digunakan dengan sebaik-baiknya.
  • Beli buku latihan untuk anak-anak supaya mereka biasa menjawab soalan.
Teringat saya pada ucapan pengerusi PPD dalam majlis anugerah kecemerlangan yang lalu,beliau menekankan bahawa kita ni janganlah mengharapkan semata-mata pada guru di sekolah.Ibu bapa juga mesti sama-sama dalam memberi pendidikan pada anak-anak terutamanya yang baru memasuki alam persekolahan.Ajar anak-anak membaca,mengeja dan mengira di rumah.Barulah mereka tidak ketinggalan dalam kelas.Seiring dengan kawan-kawan.



Antara buku latihan Zira

Selain itu juga,saya bekalkan anak-anak saya dengan Omega Guard Shaklee yang kaya dengan asid lemak omega-3,DHA & EPA yang penting untuk perkembangan otak mereka.Bukan itu je,Omega juga untuk sistem imunisasi,asma dan masalah ekzema tau.Banyak manfaatnya.Hanya 1 biji sehari.Sebotol ada 90 biji.Harga sebotol hanya RM 125.Berilah yang terbaik untuk anak-anak.
Harapan saya ,Zira akan terus kekalkan prestasi cemerlang dalam akademik sehingga berjaya ke menara gading.Itulah impian seorang ibu pada anak-anak,ingin melihat mereka berjaya dalam hidup.Cemerlang dunia dan cemerlang akhirat juga....In syaallah....

Related Posts:

  • CARA MENDIDIK ANAK DENGAN MEMBERI NASIHAT 30 SAATDidikan dan nasihat yang berkesan pasti melahirkan anak-anak yang berakhlak.Tanggungjawab yang digalas oleh ibu bapa dalam hal ini memang agak sukar.Namun terdapat beberapa cara dalam memberikan nasihat kepada anak-anak.Jom s… Read More
  • BAHAYA MAKANAN SEGERAMakanan segera adalah makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu.Ia mungkin makanan di dalam tin,makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog,makanan sejuk beku dan sebagain… Read More
  • PENYEBAB BIBIR MENJADI HITAMBibir yang merah merekah bak delima menjadi idaman setiap wanita.Pasti kita merasa cemburu apabila melihat kawan-kawan yang memiliki bibir menawan dan cantik.Tapi,bibir kita semakin hari semakin mengering dan semakin gelap.In… Read More
  • RAWATAN SEMULAJADI UNTUK SELSEMAKadang-kadang kita tidak mengetahui bahawa bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di rumah boleh dijadikan sebagai kaedah rawatan semulajadi.Misalnya rawatan semulajadi untuk selsema yang hanya menggunakan bawang putih se… Read More
  • 10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRANKesakitan ketika proses melahirkan memang perit.Itulah yang dialami setiap insan yang bergelar IBU...Namun disebalik kesakitan tersebut terselit beberapa keistimewaan dan ganjaran yang dijanjikan buat mereka.Tahukah anda 10 f… Read More

1 ulasan:

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog