Ahad, 12 Oktober 2014

Harga rokok naik lagi !! Tetapi itu tidak melunturkan semangat perokok tegar untuk terus merokok.Walaupun pelbagai kempen kesihatan dilakukan , namun ia tidak memberi kesan sama sekali.Bagai mencurah air di daun keladi...Merokok memang membahayakan kesihatan,bukan sahaja kepada perokok malah orang di sekeliling turut merasai kesannya.



KESAN AKIBAT ROKOK:

1. Risiko berpenyakit bahaya seperti strok,serangan jantung dan kanser paru-paru.
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan.Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya dan menyebabkan 10-12 % dari kematian di Malaysia.Strok (angin ahmar ),serangan jantung dan kanser paru-paru amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.Sebahagian badan akan menjadi lumpuh dan berkemungkinan akan maut.
  • Kesan nikotin akibat merokok akan merosakkan saluran darah.Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit dan menyebabkan aliran darah menjadi sukar.
2. Asap rokok mengancam kanak-kanak
  • Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok.Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih tinggi berbanding dengan kepekatan asap yang disedut oleh perokok secara aktif.
  • Anak-anak yang terdedah kepada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mendapat batuk,asma serta jangkitan paru-paru serta telinga.
3. Mengakibatkan mati pucuk
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat.Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
  • Selain itu,kualiti sperma juga akan terganggu.


BAHAN TOKSIK DALAM ASAP ROKOK :
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia di dalam asap rokok.Berikut adalah beberapa jenis bahan kimia yang kerap dijumpai.


Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
MetanolBahan Api
NitrobenzenaGasolin
Karbon MonoksidaAsap kereta
ButanaCecair pemetik api
RaksaLogam dalam jangka suhu
Vinil KloridaBahan utama plastik
ToulenaPelarut industri
AmmoniaPencuci lantai
ArsenikRacun tikus
KadmiumBahan utama bateri alkali
StearikBahan utama dalam lilin
SianidaRacun berbisa


Berhentilah merokok,kalau bukan untuk diri anda,lakukanlah untuk keluarga terutamanya anak-anak.
Kesihatan amat bernilai.Hargailah ia sebelum terlambat....

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : AREA KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
NOREHAN SAAD
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

Related Posts:

  • TIPS MEMAKAI LIPSTIK AGAR TAHAN LAMALipstik adalah alat make up yang paling penting buat saya.Kalau keluar ke mana-mana cukup hanya dengan memakai lipstik.Saya ni bukanlah jenis yang suka make up sangat.Pakai foundation pastu lipstik sikit dah memadai bagi saya… Read More
  • TIPS HILANGKAN LEMAK DI PERUTBanyak lemak ...Oh tidakkk!!!! Masalah perut buncit,lemak yang kian menebal kat perut sering dialami oleh semua orang.Orang kurus pun ada lemak tau.Jangan ingat orang gemuk je perut buncit tapi orang kurus pun ada masalah lem… Read More
  • TIPS PENGENDALIAN MAKANANDah tengahari ni,korang semua dah masak ke untuk suami dan anak-anak.Mereka pasti menantikan masakan yang enak dari air tangan kita sendiri.Kebersihan terjamin dan cara pengendalian makanan mestilah betul.Hari ni ,saya nak be… Read More
  • TIPS JIMAT ELEKTRIK DI RUMAHTiap-tiap bulan kena bayar bil elektrik sehingga beratus-ratus ringgit.Mana tidaknya,dalam setiap bilik ada air-cond,tv 24 jam terpasang,nak tidur baru tutup.Basuh baju setiap hari.Anak-anak sehari 3 kali tukar baju.Macam man… Read More
  • KHASIAT PERIAPeria memang mempunyai rasa yang agak pahit.Walaupun pahit ia mengandungi pelbagai khasiat yang tersembunyi.Jeng jeng jeng...macam seram je bunyinya....hihi.Kebanyakan herba yang pahit memang mempunyai banyak manfaatnya. … Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog