Ahad, 28 September 2014

Bila cerita pasal warna kegemaran,mesti kita tahu yang orang perempuan ni mesti minat giler dengan warna pink.Terutamanya kanak-kanak.Betul tak?? Tapi tak semua lah.Macam anak perempuan saya.Semua barang dia mesti nak warna pink.Dari beg sekolah,baju,selipar,kasut, pendek kata semua pink.Bilik pun cat warna pink.Tak ke pening tu.

Barang anak perempuan saya..

Tapi saya pulak tak minat sangat warna pink ni.Saya lebih meminati kepada warna yang mendamaikan,menyejukkan mata dan menenangkan.Misalnya warna biru.Cuba kita lihat ke langit,air laut terasa sangat menenangkan jiwa..ceewaahhh..

Air laut yang mendamaikan

Warna hijau pula mendamaikan.

Sawah padi yang menghijau

Tengok warna-warna hijau hutan dan tumbuhan sekeliling, kita akan terbit rasa tenang dan damai.Hilang stress.Kat Rompin ni masih banyak lagi hutan-hutan yang menghijau.Jadi kalau dalam perjalanan ke Pekan tu kiri kanan nampak menghijau dengan pokok-pokok je.Tapi kalau malam-malam agak menyeramkan..kehkehkeh..

Lagi satu warna yang saya suka mestilah putih,suci dan bersih gitu..





Kereta kitaorang pun warna putih.Tapi tak boleh nak tunjuk gambar...rahsia la..hehe..






Related Posts:

  • WARNA KEGEMARANBila cerita pasal warna kegemaran,mesti kita tahu yang orang perempuan ni mesti minat giler dengan warna pink.Terutamanya kanak-kanak.Betul tak?? Tapi tak semua lah.Macam anak perempuan saya.Semua barang dia mesti nak warna p… Read More
  • OBSESSIONLumrah kehidupan,setiap orang mempunyai keinginan yang tersendiri.Ada perkara yang disukai,diminati,yang menggembirakan hati dan pelbagai lagi.Semuanya berbeza begitu juga dengan keinginan,minat dan idolanya.Pernah tak korang… Read More
  • FESYEN : AURAT ATAU FESYEN SEMATASebagai muslimah fesyen yang sangat diwajibkan mestilah menutup aurat.Aurat bagi seorang wanita Islam ialah mesti menutup keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan.Tetapi,jika kita lihat fesyen terkini,kebanyakan wanita… Read More
  • ANAK-ANAKKU BERSELFIESelfie merupakan satu fenomena yang kian popular di laman sosial kini. APA ITU SELFIE ? Selfie secara ringkasnya bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri tanpa bantuan orang lain.Perkataan selfie itu sebenarnya berasal… Read More
  • VISION BOARDSetiap orang mempunyai impian dan cita-cita.Namun,tahukah anda, apakah teknik yang harus dilakukan agar impian menjadi kenyataan ?.Salah satunya adalah Teknik Visualisasi. Visualisasi bermaksud membayangkan impian kita dalam … Read More

2 ulasan:

  1. Yeahhh..saya pun suka warna biru langit dan laut..tenang aje haaa...

    BalasPadam
  2. kenapa laut warna biru, hutan warna hijau ? hyyhy

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog