Selasa, 30 September 2014

Lumrah kehidupan,setiap orang mempunyai keinginan yang tersendiri.Ada perkara yang disukai,diminati,yang menggembirakan hati dan pelbagai lagi.Semuanya berbeza begitu juga dengan keinginan,minat dan idolanya.Pernah tak korang ada apa-apa keinginan ?Terlalu suka dengan sesuatu sehingga membuatkan kita 'gila ' dekat benda tu dan rasa ingin memiliki walau dengan apa cara sekali pun.Dashyat tuuu....terlalu OBSES !!




KITA MESTI MINAT/OBSES DENGAN ISLAM.
Sebagai umat Islam paling utama mestilah obses dengan Islam.Supaya kita lebih cenderung ke arah kebaikan.Sentiasa ingin melangkah ke majlis majlis ilmu,suka dengar ayat-ayat suci Al Quran.Meminati Nabi junjungan kita Muhammad SAW.Mestilah minat ' giler ' dengan Baginda.Taat dengan segala sunnah dan melakukannya tanpa tinggal.Mahu belajar lagi tentang diri dan kisah Baginda.Ingin buat segala apa yang nabi buat.Nak masuk tandas pun kita pilih masuk dengan kaki kiri dahulu supaya sama dengan Baginda.OBSES !!

Ini semua adalah semata-mata untuk kita OBSES untuk ke syurga...rela melakukan apa saja ,berkorban jiwa raga untuk mendapat redha Allah.Betul-betul kena OBSES...taksub.Kita hendaklah berdoa agar kita tidak akan pernah lupa akan perkara ini,tidak pernah luntur minat kepada agama ini dan tidak sesekali jemu dari OBSES ini selagi nyawa dikandung badan....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog