Jumaat, 19 September 2014

Kalau nak cerita tentang tempat makan yang paling best kat Kuala Rompin ni mestilah restoran yang menghidangkan udang galah.Sebabnya Kuala Rompin memang sinonim dengan nama udang galah.Segar lagi dari laut.
Salah sebuah restoran yang mempunyai menu udang galah ialah RESTORAN UDANG GALAH SEPIT BIRU.



Merupakan restoran milik orang melayu pertama di Bandar Kuala Rompin yang menyajikan udang galah sebagai menu utama.

Gred AAA


Udang galah

Pelbagai menu yang disediakan di restoran tersebut.Antaranya ialah :

  • Hidangan buffet lauk kampung (waktu tengahari)
  • Untuk waktu malam pula menu yang disajikan antaranya ialah mee / maggi udang galah (gred A & B),mee / maggi ketam (gred A & B), nasi lemak dan masakan panas.
Harga yang ditawarkan memang berpatutan mengikut saiz dan gred udang tersebut.

Sebuah lagi restoran yang popular dengan menu udang galah ialah RESTORAN UDANG GALAH LC.


Restoran Udang Galah LC

Merupakan restoran 2 tingkat yang pertama di Bandar Kuala Rompin.Memang cantik dan eksklusif gitu.


Tingkat atas restoran.

Antara menu istimewa yang disediakan ialah :

1) Mee Udang Galah 



2) Roti Letup 






Masakan panas udang galah turut disediakan.Harga pun berpatutan.

Macamana kawan-kawan semua ? dah rancang untuk mencuba udang galah Kuala Rompin ?
Moh kite ...



4 ulasan:

  1. Bestnyer..lapar pulak tgk mee udang galah tu..alahai ;)

    BalasPadam
  2. Uaaaiii...terliurnya tengok udang..tapi jauh la pulak...sy kt melaka :-)

    p/s: salam kenal..first time dtg sini dr apps edisi blog :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mari la bercuti ke Rompin...salam perkenalan ...

      Padam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog