Selasa, 26 Ogos 2014

Alhamdulillah syukur padaMu kerana masih diberikan nikmat untuk meraikan suatu hari yang amat penting bagi diriku.Hari ini , 27 hb Ogos 2014 genaplah usia anakku Hazim 6 tahun.



Dah umur 6 tahun tapi masih manja-manja lagi.Teringat dulu masa nak melahirkan dia,jauh 'melarikan diri' ke hospital swasta.Gara-gara klinik desa Kuala Rompin diubahsuai sikit,maka adalah cerita-cerita yang tidak menyenangkan...ada hantu la,ada 'penjaga' la,macam-macam lagi...disebabkan ketakutan dan taknak sesuatu yang tidak diingini berlaku,maka saya mengambil keputusan untuk bersalin di hospital swasta kat Kuantan nun...Jarak yang agak jauh,jadi saya terpaksa merelakan diri untuk bersalin secara paksa walaupun belum ada tanda nak bersalin.Memang berbeza sangat sakitnya bukan kepalang,lepas je doktor masukkan 'ubat paksa ' tu sakitnya sampaila keesokan harinya belum lagi bersalin.Bayangkan....kalau bersalin semulajadi sakitnya sekejap je lepas tu terus bersalin tak sampai 4-5 jam pun.Rasa menyesal pun ada bersalin secara paksa ni..huhu...tapi apa-apa pun semuanya selamat..alhamdulillah...
Selamat hari lahir buat anak ibu Muhammad Hasrulhazim,semoga menjadi anak yang soleh dan diberkati olehNya.Amin...


2 ulasan:

  1. Hehe..selamat hari lahir..semoga dipermudahkan segala urusan kehidupan..dan semoga menjadi anak yang soleh...

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog