Selasa, 27 Mei 2014

Memang sebagai seorang islam,kita amat digalakkan untuk berdoa dan berzikir pada bila-bila masa sahaja.Tetapi,kita pilihlah saat-saat doa yang mustajab ! Terdapat waktu tertentu yang mana doa lebih mustajab sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW.



Berdoalah...

Mari kita teliti senarai waktu mustajab berdoa seperti di bawah :
  • Waktu pagi sebelum terbit matahari , iaitu setelah selesai menunaikan solat Subuh
  • Setiap selepas solat fardu
  • Di antara Zohor dan Asar.Juga di antara Asar dan Maghrib
  • Waktu di antara azan dan iqamat
  • Ketika bangun tidur
  • Semasa solat , iaitu sebelum salam (selepas membaca tasyahud akhir)
  • Ketika hendak masuk dan keluar masjid
  • Pada masa takbir solat hari raya 
  • Waktu di antara dua khutbah
  • Waktu menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Madinah
  • Waktu melakukan urusan penting
  • Waktu membaca doa qunut pada solat subuh
  • Pada masa mengadakan majlis dan upacara (yang bukan berbentuk maksiat)
  • Waktu ditimpa kesulitan,kecewa dan hati tidak tenteram
  • Waktu bertemu kembali dengan sanak saudara atau sahabat yang lama terpisah
  • Waktu hujan turun
  • Waktu selesai khatam 30 juzuk Al Quran atau selepas selesai membaca ayat Al Quran
  • Sewaktu sujud
Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua...

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

1 ulasan:

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog