Selasa, 22 April 2014

Sebut je AJINOMOTO semua pasti tahu dan hampir setiap rumah memilikinya.Mana tidaknya ia menjadi penyedap masakan.Kalau tak letak rasa macam kurang je rasanya.Betul tak??

MSG atau Ajinomoto

Monosodium Glutamat atau MSG(E621) adalah garam natrium asid glutamik iaitu asid amino yang terkandung dalam semua protein dan pelbagai jenis makanan.Dalam keadaan semulajadi dan bila ia digunakan sebagai protein,ia sentiasa bergabung dengan asid amino lain tanpa kelihatan mempunyai sebarang kesan buruk.Tetapi,apabila ia diasingkan daripada asid amino lain yang biasa terikat dengannya dan digunakan sebagai bahan penambah perisa makanan,hmmm...ia mungkin memberikan kesan negatif kepada kesihatan.
Penggunaan MSG ni kadang-kadang tersembunyi di sebalik label makanan dengan nama yang berbeza.Jika anda melihat perisa semulajadi,asid sitrik dan rempah-rempah dalam label makanan tu,tidak bermakna di dalamnya tiada kandungan MSG.Jadi harus berhati-hati....

Pada kebiasaannya MSG ni akan dicampurkan dalam kebanyakan sup yang diproses dan dipeketkan,mi perisa,sos,kentang goreng,sosej,keju,kicap makanan segera dan banyak lagi makanan lain yang biasanya diproses dan ditinkan.

KESAN-KESAN PENGGUNAAN MSG PADA KADAR YANG TINGGI :
  • Kecederaan kepada hypothalamus sejenis kelenjar dalam otak yang berperanan mengawal selera makan,fungsi tiroid dan sistem endokrin.
  • Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan isyarat leptin yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekaligus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.
  • MSG jika dimakan oleh ibu hamil dan ibu menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.
  • Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak.Ini kerana pengambilan kokain,methamphetamine dan ritalin.Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan menyebabkan perut berlemak.
Bahayakan penggunaan MSG ni dalam masakan mahupun makanan segera terutamanya kepada kanak-kanak.Justeru itu,elakkanlah letak MSG ni ataupun kurangkan penggunaannya untuk kesihatan kita.Kalau tak letak ajinomoto pun mesti sedap punya masakan tu...percayalah dengan air tangan kita sendiri...
Semoga bermanfaat buat kita semua...

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.PENGHANTARAN MELALUI PERKHIDMATAN G-DEX DAN POS LAJU.
COD: KUALA ROMPIN,PAHANG

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP/TELEGRAM : 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com



0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog