LEMAK OH LEMAK.....Pernah tak anda semua cuba berdiet untuk beberapa minggu tetapi tidak berhasil?
Nak turun 1 hingga 2 kg pun susah..selepas 2 ,3 bulan anda pun give up...berdiet pun masih tak turun-turun.. dan anda pun kembali ke cara makan yang tidak sihat sebab sudah berputus asa....
Kenapa itu semua terjadi ??? Sebenarnya tak semua lemak itu sama.Terdapat 3 jenis lemak dalam badan kita iaitu :
1) STRUCTURAL LEMAK
~ ' Lemak baik ' ini sangat penting untuk melindungi organ-organ dalaman,sendi dan membentuk rupa bentuk muka.Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.
2) NORMAL FAT RESERVE
~ ' Lemak baik' ini ada sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga apabila diperlukan.Ia berfungsi seperti 'tangki tenaga'.
3) ABNORMAL STORED FAT
~ 'lemak tak baik' ini dikenali sebagai 'tisu adipose'.Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit,sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'tangki spare'.Lemak ini akan kelihatan membuncit dan berlipat-lipat di tubuh anda.Ia sangat aktif mengeluarkan toksik chemical dan hormon estrone yang akan mengganggu sistem tubuh anda.Lemak ini tidak digunakan sebagai sumber tenaga utama.Hanya apabila keadaan tubuh hampir 'kebuluran' sahaja lemak ini akan dibakar dan digunakan sebagai tenaga.
Jadi anda semua nampakkan jika berdiet 1 hingga 2 bulan pertama,2 jenis lemak yang dibakar tetapi lemak jenis yang ke 3 kekal di situ...Hanya jika anda meneruskan perjuangan untuk berdiet sahaja ,barulah lemak jenis ke 3 akan dibakar..so,jangan berputus asa untuk membuang kesemua lemak-lemak di badan anda.Teruskan usaha untuk memiliki berat yang ideal dan cantik....
Selamat berjuang membakar lemak anda!!!
Isnin, 27 Januari 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan