Antara Kebaikan Susu Ibu Ialah :
- bayi menerima nutrien yang lengkap dan optimum untuk tumbesaran
- proses penghadaman bayi lebih mudah berbanding dengan susu formula dan dapat mengelakkan sembelit
- sistem imun bayi lebih kuat di mana bayi dilindungi daripada jangkitan,alergi,asma,kencing manis,obesiti dan lain-lain
- tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya
- susu ibu meningkatkan sistem otak dan saraf bayi
- sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan di mana susu ibu mempunyai suhu yang sama dengan suhu badan bayi
- mengeratkan ikatan emosi antara ibu dan bayi
- bagi ibu penyusuan susu ibu dapat membantu pengecutan uterus serta mengurangkan risiko terhadap kanser payudara,rahim dan ovari
Tahukah anda semua,mengapa ramai orang mengalami diabetes di usia muda?
Dalam satu kajian yang dijalankan,susu formula akan menyebabkan lebih banyak insulin dikeluarkan dalam tubuh bayi berbanding bayi yang disusukan dengan susu ibu,bagi mendapatkan kandungan glukosa yang sama.Ini bermakna,sebagai contoh,untuk mendapatkan kandungan glukosa dalam darah bayi adalah sebanyak 5.0 mmol/ml.Bayi yang menyusu susu ibu mengeluarkan 20 unit insulin,manakala bayi yang menyusu susu formula memerlukan lebih 20 unit insulin.
Jika berterusan diberikan susu formula,maka secara perlahan-lahan bayi ini akan mengalami 'insulin resistance' di mana lebih banyak insulin digunakan untuk merendahkan kandungan glukosa.Apabila bayi sudah dewasa,mereka akan mudah mendapat diabetes mellitus walaupun ibu bapa mereka tidak pernah mendapat penyakit kronik tersebut.
Kesimpulannya susu ibu adalah pilihan yang terbaik....
0 ulasan:
Catat Ulasan