Rabu, 30 Oktober 2013

APA ITU VITAMIN ?
Vitamin adalah bahan organik yang sangat diperlukan oleh tubuh badan dengan kadar pengambilan yang kecil.Ia berfungsi untuk pertumbuhan normal ,kesihatan dan mencegah dari penyakit.Tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak vitamin,oleh itu penting untuk kita mendapatkannya samaada dari makanan atau suplemen (makanan tambahan seperti vitamin).

*** PERLU DIINGATKAN BAHAWA VITAMIN BUKAN PENGGANTI KEPADA MAKANAN HARIAN KITA ...

Sesetengah orang tidak gemar dengan pengambilan vitamin atau suplement ,jadi bolehlah mengambil makanan seperti sayuran,buah-buahan dan lain-lain dalam kuantiti yang mencukupi bagi membekalkan zat vitamin yang mencukupi kepada tubuh badan.

APA YANG TERJADI JIKA TIDAK AMBIL VITAMIN ?
Kita semua digalakkan untuk mengambil vitamin.Terutamanya mereka yang tidak gemar mengambil sayuran,buahan ,daging , tidak suka minum susu (macam saya...hehehe..) atau apa sahaja makanan yang bernutrien tinggi.Sekiranya anda mengamalkan cara pemakanan seperti ini,lama kelamaan badan anda akan kehilangan vitamin dan nutrien.
Kekurangan vitamin tertentu dalam badan akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit seperti :

  • Rabun ~ kekurangan vitamin A
  • Anemia (kekurangan sel darah merah) ~ kekurangan vitamin B12 atau Zat Besi
  • Osteoporosis ~ kekurangan kalsium
  • Gusi berdarah ~ kekurangan vitamin C 
  • Dan pelbagai lagi...
JENIS-JENIS DAN FUNGSI VITAMIN :


Jenis vitaminFungsi
Larut dalam lemak :
Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin DPertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin ESangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin KBagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:
Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.

CONTOH-CONTOH MAKANAN YANG MENGANDUNGI VITAMIN 
Kalau anda semua nak tahu semua sumber vitamin ni sebenarnya hanya terdapat di rumah kita sendiri seperti buah-buahan dan sayuran yang sangat tinggi kandungan vitaminnya.Antaranya ialah :
  • Tomato ~ kaya dengan vitamin A,C,serat dan zat besi
  • Avokado ~ kaya dengan khasiat protein,kalsium,zat besi,vitamin A dan C
  • Pisang ~ vitamin A dan C,potasium dan zat besi
  • Nenas ~ vitamin A,B dan C
  • Telur,susu hati ~ vitamin A
  • Kekacang dan daging ~ sumber kepada vitamin B1
  • Keju,putih telur dan yogurt ~ sumber kepada vitamin B2
  • Ubi kentang,sardin dan tuna ~ vitamin D
  • Sayuran berdaun hijau,kacang soya dan gandum ~ kaya dengan vitamin E
  • Kobis dan daun salad ~ vitamin K
Jadi pengambilan vitamin dalam pemakanan seharian sangat penting untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita.Pilihlah vitamin atau suplemen yang semulajadi kerana ianya selamat dan tiada kesan sampingan.Saya memilih SHAKLEE sebagai vitamin saya sekeluarga....
Berminat dengan sebarang produk Shaklee,boleh hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya....



NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com


0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog