Jumaat, 4 Oktober 2013

Setiap wanita pasti akan mengalami kitaran haid.Haid juga dikenali sebagai menstruasi.Apabila haid berlaku anda akan mengalami pendarahan dari faraj.Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita yang lain.Setiap kitaran haid adalah selama 3 hingga 7 hari.Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu diantara 21 hingga 35 hari.

Haid yang pertama kali bagi setiap wanita juga berbeza mengikut tahap kesuburan seseorang.Berkongsi pengalaman saya tentang pertama kali saya didatangi haid ketika berusia 14 tahun.Berbanding adik saya ketika berusia 12 tahun.Jadi,adik saya terlebih dahulu didatangi haid.Berbeza bukan?

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid ini yang perlu kita fahami iaitu :

HARI 1 HINGGA 4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) ketika ini darah haid keluar.Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula.Kita perlu menanda di kalender pada hari pertama haid dan tamat selepas beberapa hari.
Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda merancang untuk mengandung.Anda boleh mengagak kitaran haid anda beberapa hari di dalam sebulan.

HARI 5 HINGGA 13
Ini dipanggil fasa follicular.Dalam fasa ini hormon estrogen meningkat.Ketika fasa follicular ini,darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung.Di kawasan ovari pula,telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

HARI 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku.Telur akan terkeluar dari sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH).
Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang.Sekiranya ia disenyawakan ,ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim.

HARI 15 HINGGA 28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory.Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya,sejenis hormon dipanggil progesteron dirembes daripada sarangnya (corpus loteum).Ia akan menyebabkan dinding rahim semakin menebal.Setelah hormon progestron semakin berkurangan kerana tiada persenyawaan berlaku,maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin.

Jika anda mengalami masalah untuk menentukan waktu kesuburan ,anda boleh rujuk info di atas untuk menyelesaikan masalah tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog