Ahad, 6 Oktober 2013

Anak kencing malam ?? Satu masalah yang agak biasa berlaku pada ibu bapa yang mempunyai anak-anak dalam lingkungan umur 3 hingga 6 tahun.
Kencing malam atau dalam istilah perubatannya ialah enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak.Pada kebiasaannya tabiat ini akan berhenti sendiri apabila kanak-kanak berusia 6 hinnga 7 tahun.
Namun jika masalah ini berterusan tanpa ada tanda untuk berhenti,ia satu penyakit yang mesti dirawat kerana mungkin berkaitan dengan masalah saraf tunjang,jangkitan kuman pada air kencing,diabetes atau buah pinggang.

Antara punca kencing malam ialah :
 Menurut pakar kanak-kanak,ada beberapa faktor yang berkait rapat dengan masalah kencing malam iaitu :
~ faktor keturunan , kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur
~ disebabkan ruang pundi kencing kanak-kanak itu bersaiz kecil
~ kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Hormon ini penting untuk mengurangkan penghasilan air kencing pada waktu malam

Tips untuk mengatasi kencing malam ialah :

  • antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam dikalangan kanak-kanak ialah dengan menggunakan hipnosis.Kajian tersebut talah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway yang jelas mengatakan antara keadah berkesan mengatasi masalah tersebut
  • elakkan memberi anak susu atau air minuman sebelum 2 atau 3 jam mereka tidur
  • sekiranya sedang melatih anak bebas lampin,kejutkan anak bangun untuk membuang air kecil 2 hingga 3 jam selepas mereka tidur.Lama kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin tersebut
  • jangan marah atau memalukan mereka atas perbuatan tersebut.Mereka bukan sengaja sebaliknya berilah sokongan kepada mereka
  • beritahu anak kenapa mereka tidak boleh kencing di tempat tidur.Ajar mereka tentang kebersihan dan hukum kencing sebagai najis dan sebagainya
  • cara psikologi iaitu dengan sistem ganjaran dan penghargaan.Puji mereka apabila mereka berjaya tidak kencing di tilam supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri
  • sebagai ibu kita mestilah banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif dalam menangani masalah ini
Anak saya yang pertama ,perempuan alhamdulillah tidak ada masalah kencing malam.Tetapi,anak lelaki yang kedua ni umur 5 tahun hampir setiap hari kencing di tilam.Adoi....dah ajar dia sebelum tidur mesti kencing dulu tapi kadang-kadang dia malas nak buat....itulah masalahnya...sabar jelah....nak tahu apa yang saya buat? pakaikan je dia pampers yang saiz xl....nak buat macam mana...umur 5 tahun tapi masih pakai pampers.....saya harap sangat masalah ni tidak berlanjutan sehingga dia berusia 6 tahun....huhuhu...



Related Posts:

  • TIPS KECANTIKAN CARA ISLAMSemua orang nak cantik ,sihat dan kekal awet muda terutamanya kaum wanita.Awet muda bukan bertujuan menidakkan fitrah kejadian manusia ,bukan untuk mengubah ciptaanNya tetapi kita hanya menjaga atau memelihara nikmat yang tel… Read More
  • TIPS KEMAS RUMAHHari ni saya ingin berkongsi tentang tips untuk mengemas rumah yang cepat dan tersusun.Sebagai seorang wanita yang sudah berumahtangga pasti inginkan  kediaman kita sentiasa berada dalam keadaan yang kemas dan bersih.Yan… Read More
  • KHASIAT DAUN PANDANDaun pandan memang biasa kita tengok kan.Pokoknya mudah je nak tanam.Kebanyakan rumah pasti ada menanam pokok pandan.Nak buat kuih muih tradisional,nasi lemak dan pelbagai lagi masakan yang memerlukan daun pandan.Daun pandan … Read More
  • KENAPA PERLU AMBIL SUPLEMEN?APA ITU SUPLEMEN ? Suplemen atau makanan tambahan adalah produk-produk pemakanan yang mengandungi vitamin,garam galian,asid amino,herba dan sebarang ekstrak campuran bahan-bahan ini. Suplemen Shaklee SIAPA YANG MEMERLU… Read More
  • KESAN TERHADAP KESIHATAN SELEPAS MAKAN SHAKLEEShaklee merupakan salah satu suplemen atau makanan tambahan yang diambil bertujuan untuk membaikpulih tahap kesihatan kita.Dalam entry yang lepas saya sudah berkongsi info tentang " Kenapa Kita Perlu Ambil Suplemen ".Di harap… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog