Rabu, 21 Ogos 2013

BAHAYA GASTRIK

Gastrik ? Pasti ramai yang mengetahui tentang penyakit ini...dan..ramai juga yang menghadapi masalah ini..Kadang-kadang kita ni tak tahu yang kita meghidap gastrik..ada tu yang mengalami masalah cirit-birit,ingatkan masalah biasa tapi bila jumpa doktor,rupa-rupanya cirit-birit berpunca daripada gastrik.Ianya berlaku apabila asid hidroklorik( ph 1-2) yang dirembeskan untuk mencerna makanan di dalam perut kita terlalu banyak daripada kebiasaannya...bahayakan jika dibiarkan berlarutan..
Jadi sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di bawah anda berkemungkinan menghidap gastrik dan perlu segera mendapat rawatan...


  • hilang selera makan
  • pedih dan sakit perut
  • cirit birit yang teruk melebihi 3 hari
  • senak,rasa berangin dan rasa tidak selesa pada kawasan perut
  • perut kembung,kerap sendawa dan buang angin(kentut)selepas makan
  • perut berbunyi kuat dan adakalanya terlalu kuat
  • rasa loya seolah-olah ada makanan di tekak anda
  • muntah (akibat tolakkan gas daripada perut)
  • berat badan susut



Gastrik ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,pada bila-bila masa disebabkan oleh gaya hidup kini yang kurang sihat.Jadi sekiranya anda baru pertama kali menghadapi masalah ini..anda perlu elakkan :

1) MAKANAN BERCILI

-bagi pengidap gastrik anda dilarang sama sekali memakan makanan yang pedas terutamanya cili walaupun sos cili apatah lagi sambal belacan.Bak kata doktor apa yang rasa diperut tidak dirasa di mulut..kan..

2) MAKANAN MASAM

-selain makanan pedas,anda juga perlu berpantang daripada makan makanan yang masam seperti jeruk dan juga keju.pizza dan juga burger 'ber cheese' tidak boleh makan ye...

3) KOPI

-elakkan meminum kopi kerana ia mengandungi kafein yang menghakis perut

4) MINUMAN BERGAS DAN MAKANAN BERANGIN

-elakkan mengambil minuman bergas dan makanan berangin kerana ianya membuatkan perut anda berangin
(gas asid hidroklorik + gas karbonat = cirit birit/muntah/perut lebih sakit)

5) MEROKOK

-merokok memang banyak mendatangkan kemudaratan..jadi perlu di elakkan ye..

 Anda digalakkan untuk melebihkan minum susu dan juga makan dalam kuantiti yang sederhana tetapi kerap kerana asid yang dihasilkan perut itu akan membuatkan anda kerap lapar daripada biasa.

Bagaimana untuk mengetahui bahawa anda sudah pulih dari gastrik ?

   Jika anda rasakan badan anda sudah kembali 'fit' dan mampu melakukan tugasan tanpa rasa sakit perut dan tiada lagi tanda-tanda di atas.Selain itu,anda juga boleh melihat pada warna najis anda.Sekiranya najis anda berwarna hitam,itu bermakna anda masih belum sihat...
Jangan biarkan ianya berlarutan ye..segera dapatkan rawatan...



0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog