Selasa, 23 Julai 2013

BAHAYA ENDOMETRIOSIS



Apa itu ENDOMETRIOSIS ? mari kita bincangkan.

Endometriosis adalah satu lg penyakit kaum wanita...jd lelaki tidak perlu risau akan hal ni.. heee..

Endometriosis berlaku apabila tisu di dalam rahim wujud atau tumbuh di bahagian lain dlm badan seperti di telur (ovary), pundi kencing, usus, rektum dan lain-lain...

semasa proses kitaran haid pada setiap bulan, tisu dalam rahim akan membesar dan menjadi tebal, seterusnya telur akan merembeskan hormon yg akan menghakis tisu tersebut dan ianya akan keluar sebagai darah haid.. bagi tisu yg wujud di luar rahim (endometriosis), ini tidak berlaku..kemungkinan tisu ini akan berdarah sedikit tetapi tidak dapat keluar dari bahagian badan dan menyebabkan penggumpalan darah di kawasan itu.....huaaaa...menakutkan bunyinya kan...tisu rahim yg membengkak atau berdarah tadi adalah punca kesakitan yg dialami oleh mereka yang menghidapi penyakit ini..!

punca sebenar endometriosis tidak diketahui...namun ada teori yg mengatakan ianya berlaku disebabkan tisu di dalam rahim yg sepatutnya keluar melalui faraj semasa haid, bergerak ke arah belakang dan pergi ke bahagian peranakan wanita yg lain seperti telur atau ke pelvik....risiko mendapat endometriosis bertambah apabila seseorang itu:

1.Datang haid dalam usia yg sangat muda
2.Mempunyai kitaran haid yg panjang melebihi 7 hari
3.Tidak pernah melahirkan anak
4.Mempunyai ahli keluarga yg menghidapi endometriosis

peratusan untuk mendapat endometriosis bg wanita yg pernah mengandung dan melahirkan anak adalah rendah berbanding mereka yg tidak pernah mengandung..

gejala-gejala endometriosis adalah seperti:

1.Sangat sakit di bahagian bawah perut sebelum dan semasa datang haid
2.Haid yang tidak teratur atau darah haid yg banyak
3.Sakit semasa atau selepas hubungan kelamin
4.Sakit di bahagian belakang pinggang
5.Sembelit atau cirit birit


untuk mengenal pasti penyakit ini..doktor akan melakukan scan melalui ultrasound di bahagian pelvik..untuk lebih mendapat kepastian, laparoskopi di bahagian pelvik akan dilakukan....

rawatan penyakit ini bergantung kepada :
1.Umur pesakit
2.Tahap serius gejala yg anda alami
3.Tahap serius penyakit anda samada anda mahu mengandung atau tidak ( salah satu komplikasi penyakit ini adalah susah untuk mengandung atau kemandulan, jadi jika anda inginkan anak, anda perlu melakukan pembedahan untuk merawat dan membuang penyakit ini)

ok.....andai kata....
gejala yg anda alami tidak serius + anda tidak berniat untuk mendapatkan anak...

rawatan adalah berjumpa doktor setiap 6 atau 12 bulan untuk doktor memastikan penyakit tersebut tidak melarat ke tahap yang serius.. utk memastikan penyakit tersebut tidak melarat, doktor akan menyarankan anda supaya mengambil pil cegah hamil berterusan selama 6-9 bulan....pil ni dapat membantu untuk membantutkan proses pembesaran tisu di luar rahim tersebut...ia juga dapat mengurangkan kesakitan akibat ketiadaan haid...salah satu contoh pil yg dimaksudkan ialah progesterone pil dan ia juga boleh didapati dalam bentuk suntikan..kesan sampingan pada ubat ini ialah berat badan bertambah dan juga depression.

bagi mereka yg...
tidak mengalami pengurangan sakit setelah mengambil ubat + tahap penyakit sangat serius + ingin mendapatkan anak...

pembedahan untuk membuang tisu di bahagian luar rahim tersebut adalah pilihan terbaik.
bagi mereka yg telah berusia..
doktor akan menyarankan pesakit melalukan pembedahan untuk membuang sistem peranakan seperti rahim dan ovari (kilang telur)


doktor selaluul nya menyarankan agar wanita yg menghidapi penyakit ini agar hamil kerana sepanjang proses penghamilan, haid akan berhenti dan ini boleh mengurangkan kesakitan dan melambatkan proses penyakit ke tahap yg lebih serius.

apakah komplikasi penyakit ini?

30-40% daripada wanita yg menghidapi penyakit ini mungkin akan mandul, namun setelah pembedahan dilakukan, peluang untuk hamil kembali normal

peratusan mengandung di luar rahim dan keguguran adalah agak tinggi di kalangan wanita yg menghidapi penyakit ini.
sekiranya tisu rahim tersebut tumbuh di bahagian usus atau pundi kencing, ianya boleh menyebabkan masalah kesukaran membuang air, tapi ini jarang berlaku
kesakitan yg dialami setiap bulan ketika kedatangan haid juga akan menghadkan aktiviti seharian anda
tisu di bahagian luar rahim yg membengkak boleh menyebabkan pendarahan
tisu di luar rahim tersebut juga boleh berubah menjadi kanser terutama bagi mereka yg telah mencapai tahap menopaus, namun ianya juga jarang berlaku
semoga info mengenai penyakit ini dapat menambahkan pengetahuan anda tentang salah satu penyakit yg dihadapi oleh kaum wanita....tapi anda jangan risau kerana GLA SHAKLEE dapat menangani masalah ini...

Hubungi saya untuk mendapat keterangan lanjut..

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

saya akan membantu anda Insyaallah..


0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog