Khamis, 20 Oktober 2016

Adakah anda sering berasa letih dan lemah ?
Jika anda sering berasa letih atau penat,anda mungkin menghidapi anemia.Anda mungkin tidak menyedarinya kerana sesetengah orang yang menghidapi anemia tidak mempunyai simptom sehingga ia menjadi serius.


Image result for anemia


Apakah itu anemia ?
Anemia terjadi apabila badan kita tidak mempunyai sel darah merah yang sihat yang mencukupi.Komponen pembawa oksigen iaitu hemoglobin adalah sebahagian daripada sel darah merah.Hemoglobin membawa oksigen dari paru-paru ke bahagian tubuh yang lain.Jika anda menghidapi anemia,badan anda tidak menerima oksigen yang mencukupi untuk tisu-tisu penting badan anda.Akibatnya,anda mungkin mempunyai pelbagai simptom seperti keletihan,lemah badan,pening kepala dan kelesuan.

Apakah yang menyebabkan anemia ?
Terdapat pelbagai sebab antaranya :
- Penyakit kronik ginjal
- Kehilangan darah seperti haid yang banyak atau ulser perut
- Masalah kekurangan nutrien seperti kekurangan zat besi,asid folik dan Vitamin B12
- Penyakit keturunan darah seperti anemia sel sabit dan thalasemia.
- Diet vegetarian yang kekurangan Vitamin B12.

Apakah simptom umum anemia ?
  1. Keletihan
  2. Lemah badan
  3. Kulit pucat
  4. Kuku rapuh
  5. Sakit dada
  6. Pening kepala
  7. Kaki atau tangan terasa sejuk
  8. Susah bernafas
  9. Denyutan jantung cepat atau tidak teratur
  10. Hilang tumpuan
Diagnosis
Untuk mengetahui samaada anda menghidapi anemia dan jenis anemia,lakukan ujian darah dan berbincang dengan doktor anda.

Pencegahan
Jika anda mempunyai anemia jenis kekurangan nutrien,amalkan diet tinggi zat besi,Vitamin B12 dan asid folik.Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah daging,telur,kekacang dan sayuran berwarna hijau.Makanlah makanan yang kaya dengan vitamin c seperti buah-buahan sitrus yang boleh membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Selain itu,daging dan produk tenusu adalah sumber baik untuk vitamin B12 manakala buah-buahan,sayuran berdaun hijau dan kekacang membekalkan asid folik.Suplemen yang kaya dengan vitamin B12,asid folik dan zat besi juga boleh membantu.

PRODUK FOREVER YANG BOLEH MEMBANTU

Forever Bee Pollen
  • Mengandungi spektrum lengkap 22 jenis asid amino dan vitamin B Kompleks termasuk vitamin B12 dan asdi folik yang berguna untuk pembentukan sel darah merah dan mengurangkan keletihan.
  • Tidak mengandungi bahan pengawet,pewarna dan diperkaya dengan jeli raja dan madu lebah
Forever B12 Plus*
  • Kekurangan vitamin B12 juga menyebabkan kekurangan asid folik dan sebaliknya.Ini kerana kedua-dua vitamin ini penting untuk pembentukan sel darah merah yang normal.
  • Forever B12 Plus mengandungi vitamin B12 dan asid folik dalam formula pelepasan masa yang membantu dalam proses metabolik termasuklah penghasilan sel darah merah.
Forever Absorbent-C
  • Kombinasi istimewa vitamin C,bioflavonoid sitrus dan betik dan terikat matrik dengan bran oat untuk penyerapan maksimum.
  • Vitamin C membantu penyerapan zat besi dan menolong mengaktifkan asid folik,dua elemen penting yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.
Forever Nature Min*
  • Membekalkan hampir kesemua mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia.Sumbernya dari dasar laut semulajadi.
  • Membekalkan 11 mineral penting termasuklah zat besi yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin.
* Didapati di Singapura Sahaja.

Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Forever Living dan konsultasi percuma akan diberikan.

NOREHAN SAAD
0129466377

AGEN DIPERLUKAN DI SELURUH MALAYSIA DENGAN KEAHLIAN SERENDAH RM 90 SAHAJA FREE SEBOTOL ALOE VERA GEL....



0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Follow by Email

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Pengunjung blog