Selasa, 1 Disember 2015

Sesiapa yang pernah menggunakan pelindung matahari pasti pernah mendengar tentang SPF,tetapi berapa ramai di antara kita yang tahu apakah maksud SPF ? Adakah SPF yang tinggi bermakna kita mendapat perlindungan yang lebih baik ? Berikut adalah beberapa tips yang kita perlu tahu untuk mendapatkan yang terbaik dari krim pelindung matahari kita.

APAKAH KEPERLUAN MINIMUM SPF ?

US FDA (Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat ) mencadangkan sekurang-kurangnya SPF 15.Pelindung matahari SPF 15 dapat menapis kira-kira 93% sinaran UVB manakala SPF 30 menapis 97%.

APAKAH MAKNA SPF 30 ?

Bayangkan kulit kita biasanya terkena selaran matahari 10 minit tanpa sebarang perlindungan.Krim pelindung matahari SPF 30 akan memberi perlindungan 30 kali ganda berbanding tanpa sebarang perlindungan.Ini bermakna 30 kali lebih panjang sebelum kulit kita terkena selaran matahari,ataupun dalam kes ini , 300 minit.

APA ITU SINARAN UVA DAN UVB ?


Sinaran ultraungu B (UVB) adalah punca utama kulit menjadi merah dan selaran matahari lebih cenderung merosakkan lapisan epidermis kulit.UVB memainkan peranan penting dalam pembentukan kanser kulit.
Sinaran ultraungu A (UVA) menembus kulit lebih mendalam berbanding UVB,ia boleh menyebabkan pra penuaan kulit dan kedutan kulit.

BERAPA BANYAK KRIM PELINDUNG MATAHARI YANG SAYA PERLU SAPU ?

Untuk mencapai SPF yang berdasarkan sebotol pelindung matahari kita harus menggunakan kira-kira 2 sudu besar krim pelindung matahari untuk bahagian yang terdedah.Jika kita menggunakan semburan,sembur sehingga kilauan sekata muncul.Kita perlu menyapu semula krim pelindung matahari sekurang-kurangnya setiap 2 jam.Mereka yang mempunyai warna kulit yang cerah perlu menyapu pelindung matahari dengan lebih kerap.

BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENGETAHUI JIKA PELINDUNG MATAHARI MEMPUNYAI KEDUA-DUA PELINDUNG SINARAN UVA DAN UVB ?

Bahan-bahan seperti zink oksida dan titanium oksida adalah 'pertahanan fizikal' yang memberi kita perlindungan terhadap sinaran UVA dan UVB.Selain bahan tersebut,bahan-bahan seperti avobenzone,homosalate dan octylmethoxycinnamate adalah di antara 'pertahanan kimia' aktif yang terdapat dalam pelindung matahari yang melindung kulit kita daripada sinaran UVB.

PANDUAN PENCEGAHAN

1) Dapatkan perlindungan terutama antara jam 10 pagi hingga 4 petang.

2) Menutup dengan pakaian,termasuk topi dan kaca mata hitam penghalang UV

3) Gunakan pelindung matahari spektrum luas (UVA/UVB) dengan SPF 15 atau lebih tinggi setiap hari.Untuk aktiviti luar yang berpanjangan,gunakan pelindung matahari spektrum luas (UVA/UVB) dengan SPF 30 atau lebih tinggi.

PRODUK FOREVER LIVING YANG BOLEH MEMBANTU ...

Antara produk Forever Living yang dapat membantu melindungi kulit kita daripada sinaran matahari ialah :

1) Aloe Sunscreen Spray


Dengan manfaat Aloe,Aloe Sunscreen Spray melindungi kulit daripada kesan kerosakan matahari dengan bentuk semburan yang mudah.Mengandungi SPF 30.

2) Aloe Sunscreen

Menghalang sinaran matahari yang berbahaya dengan losyen lembut Forever yang dirumus dengan aloe,pelembab dan humektan yang kaya untuk membantu mengekalkan keseimbangan semulajadi kulit.Mengandungi perlindungan yang tinggi dengan SPF 30 untuk perlindungan daripada sinaran UVA dan UVB.

Berminat dengan produk Forever Living ? Hubungi saya untuk selanjutnya dan konsultasi percuma akan diberikan.

NOREHAN SAAD
TEL/SMS/WHASSUP : 012-9466377

COD DI KUALA ROMPIN DAN POS KE SELURUH MALAYSIA.

NAK HARGA JIMAT ???
JOM DAFTAR AHLI SEKARANG !!




0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog