Ahad, 19 April 2015

Semasa sakit nak bersalin,macam-macam yang ada dalam fikiran.Kekadang kita tak tahu nak buat apa sebab dah terlalu sakit.Jom saya kongsikan beberapa tips semasa sakit bersalin terutamanya yang pertama kali melalui detik ini.Jemput baca sampai habis ye...

1) Bertenang dan banyakkan membaca ayat suci Al Quran bagi yang beragama Islam.Selawat pun boleh.Tapi yang lebih baik bacalah doa yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika dalam perut ikan paus.



2) Sabar dan bersandarlah pada sesuatu benda contohnya bantal yang agak tebal atau kerusi berkusyen.

3) Apabila datang rasa sakit (kontraksi) tu,tarik nafas dalam-dalam dan hembus.Ulang banyak kali sehingga rasa sakit itu hilang.Tips ini memang sangat berguna untuk mengurangkan rasa sedikit rasa sakit semasa kontraksi hendak bersalin tu.

4) Bagi yang beragama Islam ,ingatlah sakit sewaktu hendak melahirkan anak (start dari kontraksi) sampailah sesudah bersalin,malaikat akan mencatatkan pahala jihad kepadanya.Dan jika dia meninggal ketika sedang melahirkan anak,maka dia akan mati syahid.Bukan itu sahaja,apabila selepas bersalin dia juga bersih daripada dosa seperti bayi yang baru dilahirkan.Maksudnya dosa-dosanya sudah dihapuskan oleh Allah.Subhanallah....besarnya ganjaran orang yang melahirkan anak kan ?

5) Walaupun sudah rasa sakit,tapi belum masuk ke bilik bersalin lagi,bakal-bakal ibu digalakkan untuk meminum air milo atau telur separuh masak untuk mendapatkan tenaga ketika meneran nanti.Waktu meneran adalah waktu yang paling penting.Jika kita tidak cukup tenaga nanti kesian kat baby.Ada kemungkinan lemas atau kena vakum lepas tu kepala jadi lonjong.

6) Jika kita berada di bilik bersalin dan ditemani oleh suami,bolehlah suruh suami tolong urutkan kaki kita.Ketika itu kaki kita akan rasa sangat lenguh.Jangan urut di bahagian perut atau pinggang kerana ia akan menambahkan lagi rasa sakit.


Sakit ketika bersalin

Semoga tips yang dikongsikan memberi manfaat buat yang bakal bergelar ibu....

2 ulasan:

  1. Huhu.. Terima kasih kongsikan.. Memang saya kaum lelaki tak rasa peritnya macam mana..

    BalasPadam
  2. teringat kembali masa bersalinkan Ayra Sufia dua bulan lepas...huhuhu

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog