Khamis, 16 April 2015

Bayi yang berusia bawah 6 bulan sememangnya tidak digalakkan untuk diberi minum air masak ataupun air putih.Namun,ada sesetengah ibu bapa yang masih mengamalkan memberi minuman ini kepada bayi mereka.



Kita sedia maklum sebaik sahaja bayi dilahirkan,susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi kita.Kebanyakan jururawat ataupun doktor melarang ibu bapa memberi minum anaknya dengan air masak.Walaupun ianya dilarang masih ada lagi yang mengamalkannya kerana desakan orang tua yang mengatakan bahawa dengan memberi minum air masak bayi yang mengalami demam kuning akan cepat sembuh.

Selain itu juga,memberi minum air masak kepada bayi katanya dapat membilas tekak bayi selepas meminum susu dan supaya anak senang untuk membuang air.

Semoga info-info ini dapat menyedarkan ibu bapa tentang pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Antara sebab-sebabnya adalah :

1) Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil.Apabila perut bayi telah dipenuhi air,bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu.Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi.Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat.Di samping itu,kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

2) Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati akan meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah.Menurut pakar Laktasi dari Kanada,Anne Kirkham,pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (demam kuning) sehingga menyebabkan ' kernicterus ' iaitu terencat akal.Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

3) Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman.Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan.Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih.Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

4) Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu.Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi.Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah,kembung atau sawan tarik.Sindrom ini dipanggil ' Oral Water Intoxication '.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air.Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit.Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut.Oleh itu,beri bayi anda susu ibu sekerapnya....

Semoga bermanfaat buat kita semua....:)

Related Posts:

  • KESAN MINUM AIR KETIKA MAKANTahukah anda bahawa meminum air ketika makan memberi kesan yang buruk kepada kita?? Waktu yang paling tidak sihat minum air atau sebarang minuman adalah ketika makan ! Air yang diambil ketika makan akan memberi kesan bu… Read More
  • KELEBIHAN HALIAHalia memang tidak asing lagi buat kita semua.Setiap rumah pasti mempunyai halia di dapur.Banyak masakan dan hidangan yang menggunakan halia.Tetapi tahukah anda ,halia mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita?? ANT… Read More
  • AMALAN IBU SEMASA HAMILSemasa hamil,banyak perkara yang perlu diambil perhatian oleh para ibu.Lebih-lebih lagi pantang larang semasa hamil perlu dielakkan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Selain itu juga,kesihatan sangat pent… Read More
  • PETUA ATASI BENGKAK SUSUBengkak susu??? memang menyakitkan apabila kita pernah mengalaminya...Itu menandakan yang payudara kita menghasilkan susu untuk bayi.Bengkak susu boleh menyebabkan demam.Kemudian diselang-seli dengan sakit yang berdenyut-deny… Read More
  • PETUA ELAK ANAK KENCING MALAMAnak kencing malam memang biasa berlaku terutamanya yang berusia 3 tahun hingga 7 tahun.Masalah ini menyebabkan ibu bapa runsing apabila anak-anak terlalu kerap kencing di tempat tidur.Setiap hari terpaksa menjemur tilam. … Read More

1 ulasan:

  1. Yup.. Nurse memg tak kn bagi minum air.. Susu ibu jer.. Tapi org tua, lain pulak.. Haha

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog