Selasa, 18 November 2014

Tiap-tiap bulan kena bayar bil elektrik sehingga beratus-ratus ringgit.Mana tidaknya,dalam setiap bilik ada air-cond,tv 24 jam terpasang,nak tidur baru tutup.Basuh baju setiap hari.Anak-anak sehari 3 kali tukar baju.Macam mana bil eletrik tak melambung?Dahlah gaji cukup-cukup makan je,nak bayar bil air lagi,bil telefon,bil astro dan macam-macam bil lagi.Korang mesti rasa terbeban dengan bil elektrik yang agak tinggi setiap bulan kan?Kalau tak bayar nanti kena potong,lagi susah....apa nak buat niii....



Ada beberapa langkah mudah yang perlu dilakukan untuk menjimatkan elektrik lantas mengurangkan bil elektrik anda.Antaranya ialah :
  • Unplugkan perkakas elektrik yang tidak digunakan kecuali peti sejuk.
  • Padam lampu di ruangan yang tiada sesiapa di situ.
  • Sebaik-baiknya guna kipas angin dan elakkan penggunaan penyaman udara.Kalau cuaca terlalu panas,barulah guna.
  • Gunakan satu mentol lampu yang besar berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.
  • Tutup suis lampu,kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruangan.
  • Elakkan penggunaan mesin basuh yang melebihi muatan ataupun muatan penuh.Selain hasil cucian yang kurang bersih,ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi.
  • Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.
  • Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga.Jadi,sekiranya freezer peti anda kosong,penuhkan ia dengan kiub ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.
  • Elakkan menyimpan makanan yang panas atau baru dimasak ke dalam peti ais.
  • Letakkan peti ais pada tempat yang paling sejuk atau mempunyai pengudaraan yang baik.
  • Jika menggunakan penyaman udara,pastikan ruang tersebut tertutup sepenuhnya untuk menjmatkan tenaga.
Senang je kan nak jimatkan bil elektrik di rumah kita,hanya ikut tips-tips di atas,in syaallah bil akan berkurangan setiap bulan.Tak pening dah nak membayar.....
Semoga bermanfaat buat semua....

Related Posts:

  • 6 TIPS PENJAGAAN KULIT UNTUK CUACA PANASBerikut adalah 6 langkah-langkah mudah yang boleh membantu kita mengekalkan kulit yang cantik sepanjang tahun! 1) PERLINDUNGAN KESELURUHAN Sebelum menghabiskan masa di luar rumah,sapukan pelindung matahari dengan perlind… Read More
  • PETUA CEGAH JAUNDISJaundis atau demam kuning bagi bayi yang baru dilahirkan memang sering terjadi.Ramai yang mengatakan bahawa ibu-ibu yang mempunyai darah kumpulan O amat mudah untuk bayi mereka mengalaminya.Bayi saya , Nur aisyahusna masuk wa… Read More
  • PANDUAN MUDAH BERSALINBuat bakal ibu yang akan bersalin tidak lama lagi pasti menanti saat itu dengan penuh debaran.Jangan risau sangat ok , tenangkan diri dan sentiasa fikirkan yang baik-baik sahaja.Saya ingin kongsikan buat bakal ibu semua beber… Read More
  • PANTANG URATOrang tua-tua dulu amat menitikberatkan pemakanan untuk memelihara kesihatan urat badan kita.Lebih-lebih lagi yang baru melahirkan anak.Saya kongsikan di bawah makanan yang perlu dielak untuk kesihatan urat badan:Semoga berma… Read More
  • DIET YANG SIHAT , KULIT YANG SIHATTahukah anda bahawa pemakanan memainkan peranan besar untuk kulit cantik ? Makan secara sihat membantu kita mengekalkan kulit yang berseri secara semulajadi.Jadi,pastikan kita memakan makanan yang bermanfaat untuk kulit hari … Read More

3 ulasan:

  1. terima kasih atas tips ni...sangat berguna especially kepada org yang sentiasa duk dirumah ni. kipas tak pernah off

    9 Tips Menjadi Suami Romantik Seperti Aaron Aziz (Bukan Suami Mah) | Diari Mama

    BalasPadam
  2. jadikan habit suis off apabila tidak digunakan pun ok juga

    BalasPadam
  3. Wahhh..info berguna ni..TQ..TQ.. ;)

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog