Khamis, 6 November 2014

Proses membesarkan anak bukanlah suatu perkara yang mudah.Dari peringkat kehamilan sehinggalah bersalin pelbagai perkara perlu dititik beratkan.Masa mengandung dah banyak masalah , hb rendah,darah tinggi, ni timbul pulak masalah untuk menyusukan bayi.Tambah pulak kalau anak sulung,memang tak ada pengalaman langsung.Pelbagai dilema yang dihadapi termasuklah berat anak tak naik-naik,nurse dah membebel,anak kurang berak,kurang menyusu,kalau menyusu pun sekejap je,bayi tidur tak lena,tidur sekejap-sekejap dan macam-macam masalah lagi yang menghantui.
Persoalannya, Bagaimanakah untuk menghasilkan susu badan yang berkualiti supaya bayi cepat kenyang,kurang meragam dan tidur dengan lebih lena ??

Ihsan google

Jom sama-sama kita kongsikan ...
Ketika seseorang ibu hamil,penghasilan susu bergantung kepada hormon (Endocrine Control System).Apabila hormon-hormon yang berkaitan dengan penghasilan susu berada pada tahap normal,ibu akan mula menghasilkan kolostrum apabila kandungannya mencecah 16 hingga 22 minggu dan semakin bertambah selepas 30 hingga 40 jam selepas bersalin.
Oleh itu,semakin kerap bayi menyusu,lebih banyak susu dihasilkan dengan lebih pantas.Konsep di atas sangat penting agar setiap ibu memahami bagaimana untuk mengawal pengeluaran susu.
Salah satu sebab pengeluaran susu ibu semakin berkurangan ialah ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap.

TIPS PENGHASILAN SUSU YANG BERKUALITI :
1. Kerapkan Menyusu/Mengepam

  • Susukan bayi/mengepam susu sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari.Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam,kejutkan dia untuk menyusu.Pada waktu malam pula,penyusuan tambahan perlu dilakukan setiap 4-5 jam.
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
  • Payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan,ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.Kajian menunjukkan bahawa,tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila penyusuan dilakukan dengan lebih kerap.Ini akan membolehkan bayi anda memperolehi susu tinggi kandungan lemak yang dapat menambahkan berat badan bayi anda.
3. Menyusu Lebih Lama
  • Biarkan bayi menyusu sebelah bahagian dengan puas sebelum memberikan sebelah bahagian yang lain.Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi.
4. Penyusuan Malam
  • Penyusuan pada waktu malam sangat bagus untuk merangsang hormon prolaktin yang berperanan dalam menghasilkan lebih banyak susu.
5. Urutan
  • Teknik urutan yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar.
6. Minum Air Secukupnya
  • Pastikan ibu-ibu meminum air yang secukupnya sepanjang proses penyusuan dan pengepaman susu.Kita digalakkan untuk meminum sebanyak 3L air setiap hari.
Selain itu,kita juga boleh menghasilkan susu yang berkualiti dengan pengambilan suplemen seperti Shaklee.Antara suplemen yang perlu diambil adalah :
  • Alfalfa Complex - sebagai peransang penghasilan susu
  • ESP - membekalkan sumber proten yang lengkap
  • Ostematrix - sumber kalsium
  • B Complex - anti stress dan menstabilkan hormon
  • Vitalea - multivitamin yang lengkap untuk tumbesaran
Kita boleh lihat , graf di bawah yang menunjukkan tumbesaran bayi yang sangat penting untuk kita mengetahui perkembangan anak kita.


Graf tumbesaran bayi..

Kesimpulannya , susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak.Tumbesaran anak-anak sangat bergantung kepada kepekaan dan usaha kita untuk memperolehi sesuatu yang berkualiti buat mereka..

Saksikan satu video seorang ibu yang panik apabila susunya semakin berkurangan tetapi beliau ingin bayinya menyusu sehingga 2 tahun.Apa yang beliau lakukan ?? Sama-sama kita tonton.



Ibu panik nak tambah susu badan sehingga sanggup....

Jika berminat menyusukan bayi anda sehingga umur 2 tahun,hubungi saya untuk mendapatkan panduan .In syaallah..saya akan membantu....

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog