Rabu, 1 Oktober 2014

Lagi 2 hari umat Islam akan meraikan sambutan Aidil Adha iaitu pada 5 Oktober 2014 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1435 H.Ramai juga yang akan melakukan ibadah korban pada hari tersebut.Alhamdulillah..
Korang semua dah buat kuih ke ??? Kuih yang paling saya suka semestinya kuih Dahlia atau dipanggil juga semperit.Kuih tu mesti wajib saya cari kalau musim perayaan.Rasanya memang sedap,lemak,lembut gitu.Mudah pulak tu nak buat.Jom saya kongsikan resepi mudah biskut Dahlia ni.

BAHAN-BAHAN.

Antara bahan-bahannya.

Bahan-bahan yang digunakan memang mudah untuk didapati.Bajet pun rendah je.Antaranya ialah :

  • 1 cawan mentega - saya guna buttercup
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • Tepung kastard secukupnya
  • Sedikit esen vanila
Saya lebih suka menggunakan sukatan cawan sebab lebih mudah nak sukat.Lagipun penimbang takde..alamak kantoi lak..hehe..

CARA MEMBUATNYA.
  • Mula -mula campurkan gula aising bersama mentega.Pukul sehingga sebati dan kembang.
  • Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila.Pukul lagi hingga sebati.
  • Lepas tu ,masukkan pula tepung gandum dan tepung jagung.Uli dengan menggunakan tangan.
  • Apabila sudah sebati,masukkan pula tepung kastard sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan semasa menguli.
  • Dah siap adunan tu,bolehlah menekap dengan menggunakan acuan biskut.
Ni lah acuannya

  • Masukkan adunan sedikit demi sedikit ke dalam acuan tersebut dan tekan untuk menghasilkan bunga.Kemudian hiaskan dengan menggunakan buah ceri ,kismis atau choc rice.Ikut citarasa masing-masing.
Letak atas dulang pembakar

  • Apabila selesai menerap bunga,bolehlah dibakar ke dalam oven dengan api sederhana .Masak sehingga kekuningan.Jangan sampai hangus ye...
  • Satu adunan tu biasanya boleh menghasilkan sehingga 60 keping biskut Dahlia.Banyak juga tu.
Biskut Dahlia.

Inilah hasilnya.Mudah je kan nak membuat kuih ni.Rasanya pun sedap...Kalau korang rajin bolehlah cuba buat tapi kalau ada penyakit 'M' beli sudah lah..hehehe..

SELAMAT MENCUBA...






2 ulasan:

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog