Jumaat, 5 September 2014

Uterine fibroid atau ovarian cycts adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai ' rahim bengkak '.


Secara amnya rahim ialah uterus terdiri dari pangkal rahim,badan rahim dan saluran fallopian.Ovari pula adalah kilang telur.Sehingga kini,tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku.Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cycts berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor ,di antaranya adalah kerana :
  • Hormon estrogen yang berlebihan - fibroid atau cycts adalah ketumbuhan sel yang bergantung kepada estrogen.Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan kita tidak seimbang,kita pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.
  • Lambakan xenoestrogen dalam badan - xenoestrogen adalah estrogen sintetik yang terdapat dalam persekitaran (makanan,air,kimia dari industri pertanian dan penternakan).Ia boleh didapati dari phthalates (bahan dalam plastik atau getah),racun serangga,tobacco by product.Xenoestrogen ini boleh meransang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
  • Obesiti - lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan sistem ' endocanabinoid system' yang akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain.
  • Genetik - jika anda mempunyai ahli keluarga yang mempunyai penyakit yang sama ,anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.
BAGAIMANA CARA UNTUK ELAKKANNYA ?
Cadangan diet yang sesuai :
  • Elakkan memakan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti produk berasaskan tenusu,daging merah,makanan bergoreng,makanan dan minuman bergula,garam,kafein dan alkohol.
  • Mengambil buahan dan sayuran yang mengandungi banyak phytoestrogen yang membantu kestabilan estrogen dalam badan.
  • Makanan yang berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan.
  • Mengawal berat badan
  • Tidak merokok
Sumber : Dr Malinda.

Semoga bermanfaat buat kita semua..
Sharing is Caring...

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN SELURUH MALAYSIA.
COD: KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

NOREHAN SAAD
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377

Related Posts:

  • FAKTOR PENYEBAB FIBROID ATAU CYCTSUterine fibroid atau ovarian cycts adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai ' rahim bengkak '. Secara amnya rahim ialah uterus terdiri dari pangkal rahim,badan rahim dan saluran fallopian.Ovari … Read More
  • BAHAN KIMIA PENYEBAB KANSER PAYUDARAKanser payudara adalah penyakit yang amat ditakuti oleh semua wanita.Secara amnya menunjukkan satu daripada lapan wanita akan mengidap penyakit itu.Setiap tahun bilangan kematian seramai 40,000 kes di seluruh dunia. APA… Read More
  • KENAPA PERLU AMBIL SUPLEMEN?APA ITU SUPLEMEN ? Suplemen atau makanan tambahan adalah produk-produk pemakanan yang mengandungi vitamin,garam galian,asid amino,herba dan sebarang ekstrak campuran bahan-bahan ini. Suplemen Shaklee SIAPA YANG MEMERLU… Read More
  • KHASIAT DAUN PANDANDaun pandan memang biasa kita tengok kan.Pokoknya mudah je nak tanam.Kebanyakan rumah pasti ada menanam pokok pandan.Nak buat kuih muih tradisional,nasi lemak dan pelbagai lagi masakan yang memerlukan daun pandan.Daun pandan … Read More
  • KESAN TERHADAP KESIHATAN SELEPAS MAKAN SHAKLEEShaklee merupakan salah satu suplemen atau makanan tambahan yang diambil bertujuan untuk membaikpulih tahap kesihatan kita.Dalam entry yang lepas saya sudah berkongsi info tentang " Kenapa Kita Perlu Ambil Suplemen ".Di harap… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog