Jumaat, 19 September 2014

Macam best je tajuk ni kan.Malu pulak nak share dengan korang benda apa yang ada kat dalam handbag saya tu...

ni la handbag saya.

Benda yang mesti ada dalam beg saya ialah telefon.Memang penting.Kalau ada kecemasan senang nak call.Yang kedua mestilah purse.Nak shopping ke kan senang bawa duit sendiri.Tapi tak lebat mana pun duitnya..hehehe..Saya ni ada anak kecil umur 2 tahun , mesti saya letakkan 1 atau 2 keping pampers kat dalam beg.Senangkan nak menyalin nanti.
Lagi satu Herbal Blend Cream Shaklee tu, kan krim serbaguna wajib bawa ke mana sahaja.Lebih lebih lagi kalau ada baby.Kena gigit serangga ke, gatal-gatal terus boleh sapu.Saya ni tak suka sangat bermekap cukupla sekadar lipstik dengan foundation je.Kalau tak penuh jugak alat mekap dalam tu.hahaha..Kami sekeluarga memang pengguna tegar Shaklee, so mesti kena bawa pill box..senang tak perlu susah-susah bawa dengan botol.Jimat ruang beg.
Rasanya itu saja benda yang selalu saya bawa dalam beg.Saya ni jenis tak suka bawa beg yang besar.Cukup beg yang kecil dan simple....


0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog