Khamis, 17 Julai 2014

Alhamdulillah hari ini dah masuk 19 Ramadhan umat Islam berpuasa.Kita sudah memasuki 10 malam yang terakhir di bulan mulia ini.Malam yang dinanti-nantikan iaitu malam Lailatulqadar.Lailatulqadar adalah malam yang penuh dengan rahsia.Hanya Allah yang mengetahui bila ia terjadi.Rasulullah SAW sangat menggalakkan umatnya mencari peluang beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan.
Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :

" Carilah malam lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan ramadan."   (Hadis riwayat Bukhari,Muslim,At -Tarmizi dan Ibnu Majah)




Alangkah beruntungnya jika kita dipertemukan dengan lailatulqadar kerana Allah menjanjikan ganjaran pahala yang besar.Antara keistimewaan dan rahsia malam lailatulqadar ialah :

  • Lebih baik lebih istimewa dari seribu bulan.
  • Malam diturunkan kitab suci Al Quran
  • Ibadah lebih baik daripada 80 tahun ibadah Bani Israel
  • Malam lailatulqadar adalah malam keberkatan
  • Malam yang ditetapkan umur,rezeki dan ajal manusia
  • Allah mengampunkan hambanya yang menghidupkan malam lailatulqadar
Doa pada malam lailatulqadar :

" Ya Allah , sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha pengampun dan maha mulia, engkau sukakan keampunan , maka ampunilah daku. "

Semoga kita dipertemukan dengan Lailatulqadar...

Related Posts:

  • DOA DAN AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIATLumrah dan tujuan sesebuah perkahwinan adalah untuk mendapat zuriat buat penyeri rumahtangga.Namun,tidak semua pasangan yang telah berkahwin memperolehi zuriat.Ada sesetengah pasangan mengambil masa yang lama untuk memperoleh… Read More
  • KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL FATIHAHSurah Al Fatihah adalah surah pertama di dalam Al Quran.Mengandungi 7 ayat.Surah ini mempunyai kehebatan dan keistimewaannya yang tersendiri.Saya ingin kongsikan Rahsia dan Fadilat Surah Al Fatihah ini untuk sama-sama kita me… Read More
  • KELEBIHAN ISTIGHFARRasulullah SAW bersabda " Barang siapa yang senantiasa beristighfar , maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya , dan kelapangan dari setiap kesempitannyan dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disa… Read More
  • WAKTU-WAKTU MUSTAJAB BERDOAMemang sebagai seorang islam,kita amat digalakkan untuk berdoa dan berzikir pada bila-bila masa sahaja.Tetapi,kita pilihlah saat-saat doa yang mustajab ! Terdapat waktu tertentu yang mana doa lebih mustajab sebagaimana yang d… Read More
  • SURAH-SURAH AMALAN KETIKA MENGANDUNGBesarnya ganjaran buat wanita hamil.Betapa sayangnya Allah pada mereka.Untungnya kan bergelar wanita ,hamil sehinggalah bersalin pahala berganda-ganda.Semasa hamil pelbagai perkara perlu diambil berat supaya anak yang bakal l… Read More

1 ulasan:

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog