Rabu, 21 Mei 2014

APA ITU URI ?
Uri atau dikenali sebagai plasenta dan ada juga yang menyebut tembuni.Uri adalah teman rapat atau kembar bayi semasa di dalam kandungan dan uri sangat penting kepada bayi.Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital.


Uri

Salah satu tanggungjawab penting bagi seorang suami ialah mempelajari cara menanam  dan menguruskan uri anak.Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk.Jangan simpan uri sehingga 2, 3 hari baru dibasuh.Orang tua-tua kata tidak elok.Kalau boleh cepat-cepatlah basuh uri tersebut.Contohnya,kalau dapat uri pagi,petang sudah siap ditanam.Simpan di dalam peti ais beku jika tidak sempat membasuh uri tersebut pada hari yang sama /segera.Uri perlu diuruskan dengan baik.Jangan mengikut kepercayaan karut marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun temurun.Semoga kita dapat menghindarkan diri dari amalan khurafat ini yang boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

CARA-CARA MENGURUSKAN URI :
  • Mulakan dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim
  • Cuci uri sebersih-bersihnya sehingga hilang semua darah.Jangan gunakan sabun atau syampu
  • Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (untuk memastikan uri tersebut bersih dan suci)
  • Cuci uri dengan garam.Lumurkan garam dan cuci sehingga bersih
  • Cuci uri dengan asam jawa.Lumurkan dengan asam jawa dan cuci sehingga bersih (untuk menghilangkan bau hanyir darah)
  • Perahkan 4 biji limau ke atas uri sehingga naik bau limau dan untuk mengharumkan uri
  • Letakkan uri di dalam plastik / bekas mudah reput seperti plastik/kotak mudah reput,letak bersama garam kasar dan asam keping.Ikat seperti sup bunjut
  • Letak di dalam kain putih dan diikat kemas seperti sup bunjut
  • Gali tanah sedalam mungkin agar tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing atau binatang lain
  • Baca Bismillahirrahmanirrahim dan selawat semasa meletakkan uri ke dalam tanah dan ditimbus
  • Tanam di tempat yang bersih dan selamat.Contohnya di perkarangan surau atau masjid
  • Letak batu sebagai penanda bagi memastikan ia tidak digali oleh binatang
  • Jangan meletakkan lilin atau barangan lain yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat

Uri ditanam

Semoga panduan ini memberi manfaat buat anda semua.

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK

Sebarang pertanyaan hubungi :

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

Related Posts:

  • 10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRANKesakitan ketika proses melahirkan memang perit.Itulah yang dialami setiap insan yang bergelar IBU...Namun disebalik kesakitan tersebut terselit beberapa keistimewaan dan ganjaran yang dijanjikan buat mereka.Tahukah anda 10 f… Read More
  • BAHAYA MSG DALAM MAKANANSebut je AJINOMOTO semua pasti tahu dan hampir setiap rumah memilikinya.Mana tidaknya ia menjadi penyedap masakan.Kalau tak letak rasa macam kurang je rasanya.Betul tak?? MSG atau Ajinomoto Monosodium Glutamat atau MSG… Read More
  • PENYEBAB BIBIR MENJADI HITAMBibir yang merah merekah bak delima menjadi idaman setiap wanita.Pasti kita merasa cemburu apabila melihat kawan-kawan yang memiliki bibir menawan dan cantik.Tapi,bibir kita semakin hari semakin mengering dan semakin gelap.In… Read More
  • CARA MENGESAN JIN PADA KANAK-KANAKBagi yang mempunyai anak-anak kecil yang berusia 7 tahun ke bawah pasti runsing apabila anak kerap menangis tanpa mengetahui puncanya.Kadang-kadang tangisan mereka disebabkan oleh gangguan makhluk halus yang kita tidak ketahu… Read More
  • RAWATAN SEMULAJADI UNTUK SELSEMAKadang-kadang kita tidak mengetahui bahawa bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di rumah boleh dijadikan sebagai kaedah rawatan semulajadi.Misalnya rawatan semulajadi untuk selsema yang hanya menggunakan bawang putih se… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog