Jumaat, 18 April 2014

Kadang-kadang kita tidak mengetahui bahawa bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di rumah boleh dijadikan sebagai kaedah rawatan semulajadi.Misalnya rawatan semulajadi untuk selsema yang hanya menggunakan bawang putih sebagai bahan utama.Jom saya kongsikan cara-caranya....



RAWATAN SEMULAJADI UNTUK SELSEMA:

1. Minyak bawang putih (garlic oil)
Minyak bawang putih ini boleh digunakan sama ada untuk sapuan pada dada ataupun tapak kaki anak jika mengalami batuk/selsema.
Caranya :
- bakar bawang putih di atas api tanpa membuang kulitnya.
- selepas itu ,lenyekkan bawang tersebut di dalam pinggan yang berisi minyak.Anda boleh gunakan sama ada minyak zaitun atau minyak masak.
- kemudian sapukan pada dada atau tapak kaki anak.

2. Kaedah stokin bawang putih (garlic socks)
Caranya :
- pakaikan anak stokin yang berlubang besar sedikit seperti stokin berkait atau berlubang-lubang.Kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yang telah ditumbuk (tidak perlu lumat)
- untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi elakkan kaki bayi kemerahan sebab kepanasan bawang putih)
- untuk anak yang lebih dewasa ,boleh gunakan sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast.Biar anak tidur semalaman begitu.Selalunya nafas anak pun berbau bawang putih apabila bangun tidur.

Tujuannya adalah supaya bawang putih menyerap ke dalam kulit sebagai antivirus.Bawang putih sangat bagus untuk rawatan selsema dan batuk.
Semoga bermanfaat buat semua....

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.PENGHANTARAN MELALUI PERKHIDMATAN G-DEX DAN POS LAJU.
COD : KUALA ROMPIN,PAHANG.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog