Rabu, 5 Mac 2014

Detik kelahiran pasti dinanti dengan penuh debaran dan pelbagai emosi terutamanya buat ibu yang pertama kali mengalaminya.Walaupun tidak sabar untuk melihat wajah comel yang akan lahir ,namun jauh di sudut hati tetap timbul rasa takut dan berdebar-debar.




Bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman melahirkan,pasti sudah mengetahui tanda-tanda yang menunjukkan waktu bersalin semakin hampir.Untuk bakal ibu yang baru pertama kali,ingin saya kongsikan beberapa tanda-tanda berikut supaya anda lebih bersedia untuk menghadapi saat yang mendebarkan itu.

  • Ngilu Di bahagian Ari-ari
Semakin hampir hendak bersalin,rasa ngilu dan pedih di bahagian ari-ari akan kerap terasa.Bakal ibu juga lebih kerap membuang air kecil atau air besar,sakit perut serta buang angin.Ini disebabkan tekanan kepala bayi yang sudah turun ke bawah laluan tulang pelvik.
  • Sakit Tulang Belakang
Kesakitan di pinggul dan tulang belakang semakin kuat dirasakan.Ini kerana di akhir kehamilan,berlaku pergerakan pada janin yang akan menekan tulang belakang ibu.
  • Keluar Lendir Berdarah
Ada sesetengah bakal ibu akan mengalami keluarnya lendir bercampur darah sebagai tanda hendak bersalin.Ini berlaku disebabkan pintu rahim dalam proses pembukaan.Jika anda mengalami tanda ini,segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan saiz bukaan pintu rahim.
  • Keluar Air Ketuban
Tidak semua bakal ibu mengalami situasi ini.Bagi yang mengalami pecah air ketuban dari vagina iaitu air jernih yang mengalir sedikit atau deras,segeralah ke hospital untuk pemeriksaan.Biasanya tidak lama kemudian ibu akan bersalin.
  • Bukaan Pintu Rahim
Semakin mendekati saat melahirkan,tanda yang paling jelas sekali ialah proses pembukaan rahim.Inilah saat indah sebelum bergelar ibu.Walaupun sakit kontraksi iaitu proses pintu rahim terbuka dari 1 hingga 10 cm adalah kesakitan yang amat berat namun ia merupakan satu nikmat kelegaan apabila kepala bayi mulai keluar melalui pintu rahim ibu.

Melalui pengalaman saya sendiri sewaktu menghadapi saat kelahiran ketiga-tiga anak saya semuanya tanda yang sama iaitu keluar air ketuban.Pada mulanya hanya sedikit tetapi semakin hampir dengan proses kelahiran semakin banyak air ketuban yang mengalir keluar.Saat-saat indah itu akan menjadi memori terindah dan merupakan anugerah yang tidak ternilai buat insan yang bergelar IBU.....

Semoga bermanfaat buat anda semua....:)


0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog