Rabu, 31 Julai 2013

Setiap pasangan mengimpikan memperolehi zuriat yang soleh dan solehah.Namun,terfikirkah kita bagaimana untuk melaksanakan impian itu...
Anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai dari Nya.Sebagai ibu bapa,didiklah mereka dengan cara yang terbaik iaitu mengikut sunnah Rasullullah SAW.
Mereka tidak harus disisihkan semasa kecil kerana ini akan memberi kesan yang besar di dalam kehidupan mereka di masa akan datang.
Kebanyakan ibu bapa kini tidak memberi perhatian yang sepenuhnya kepada anak-anak,contohnya membiarkan anak-anak bermain sendirian,kalau anak-anak masuk ke bilik ,dihalaunya anak-anak tu...,marah anak-anak bising ketika menonton televisyen..
Tahukah anda..anak-anak ini sangat memerlukan perhatian daripada ibu bapa...kadang-kadang mereka sengaja memanggil nama kita berulang-ulang kali untuk menarik perhatian kita tapi kita ni buat tak dengar je kan...tak semua ibu bapa macam tu..hanya segelintir saja yang bersikap acuh tak acuh dengan anak-anak..
Kalau bab berbelanja pula,berkira-kira apabila anak-anak meminta untuk dibelikan sesuatu..tahu tak harta yang kita cari selama ni untuk siapa?untuk keluarga..untuk anak-anak...itu adalah tanggungjawab yang wajib bagi seorang suami atau ayah...sedekah yang paling baik adalah berbelanja kepada keluarga dan anak-anak...
Didikan yang mereka dapat semasa kecil itulah yang akan mereka bawa hingga dewasa..didikan yang sempurna dari kedua ibu bapa akan melahirkan anak-anak yang terbaik akhlaknya..
Ingat ye..anak-anak adalah amanah Allah yang paling besar buat kita...tanggungjawab kita mendidik dan membesarkan mereka menjadi khalifah Allah di bumi ini...
Jangan sisihkan mereka dan sayangilah mereka ...semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh..insyaallah..
AMIN.....Sekadar renungan bersama...




0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog