Isnin, 7 Oktober 2013

Tahukah anda semua mengorek telinga dengan menggunakan cotton bud atau putik kapas sangat bahaya? Ia boleh menyebabkan masalah pendengaran dan mungkin akan merosakkan gegendang telinga jika dikorek terlalu dalam.Kebanyakkannya suka dengan cotton bud kan sebab rasa geli-geli gitu tapi ingat jangan terlalu dalam ye...

Teringat pulak pasal anak saudara yang pernah termasuk cotton bud dalam telinga.Umur 5 tahun tapi nak korek telinga sendiri....dah tertinggal kapas dalam telinga...terus bawa pergi klinik..doktor bagi ubat untuk titiskan dalam telinga,hampir sebualn baru terkeluar kapas tu...sampai sekarang dia dah serik nak korek telinga.....memang bahaya..pada ibu-ibu tu awasilah anak-anak apabila mereka mengorek telinga...

Kalau nak tahu,ada caranya untuk membersihkan dan mencairkan tahi telinga tu hanya dengan menggunakan baby oil dan air suam sahaja .

TIPS MEMBERSIHKAN DAN MENCAIRKAN TAHI TELINGA :

  • hanya gunakan baby oil dan titiskan beberapa titis ke dalam telinga
  • sengetkan kepala sedikit semasa menitiskan baby oil tu supaya ia masuk ke dalam telinga
  • ulangi langkah tersebut dalam masa 2 hingga 3 hari supaya tahi telinga yang keras akan menjadi lembut
  • pada hari yang ketiga ambil air suam dan titiskan ke dalam telinga
  • semasa titiskan air suam tu,pastikan kepala disengatkan dan telinga ditarik sedikit supaya air suam terus masuk ke dalam telinga
  • kemudian terus pergi ke sinki,sengetkan kepala insyaallah tahi telinga atau ear wax akan keluar dengan lancar



minyak bayi

selamat mencuba....

Related Posts:

  • TIPS KEMAS RUMAHHari ni saya ingin berkongsi tentang tips untuk mengemas rumah yang cepat dan tersusun.Sebagai seorang wanita yang sudah berumahtangga pasti inginkan  kediaman kita sentiasa berada dalam keadaan yang kemas dan bersih.Yan… Read More
  • PETUA ORANG LAMAOrang dulu-dulu memang banyak petua yang diamalkan.Antara petua yang biasa dilakukan oleh mak dan ayah saya ialah: 1) PETUA HILANGKAN SEDU BAYI Petua ni memang nampak mengarut..hehe tapi selalu diamalkan apabila bayi  y… Read More
  • KESAN KEKURANGAN MEMINUM AIR KOSONGAir kosong?? Pasti ramai yang kurang gemar dengan air kosong.Ye tak ? Tiada rasa ,tawar dan berwarna putih.Tahukah anda semua , secara puratanya 75 % dari jisim tubuh manusia terdiri daripada air? Otak kita mengandungi 75 % a… Read More
  • KESAN MEROKOK KEPADA KESIHATANHarga rokok naik lagi !! Tetapi itu tidak melunturkan semangat perokok tegar untuk terus merokok.Walaupun pelbagai kempen kesihatan dilakukan , namun ia tidak memberi kesan sama sekali.Bagai mencurah air di daun keladi...Mero… Read More
  • TIPS KECANTIKAN CARA ISLAMSemua orang nak cantik ,sihat dan kekal awet muda terutamanya kaum wanita.Awet muda bukan bertujuan menidakkan fitrah kejadian manusia ,bukan untuk mengubah ciptaanNya tetapi kita hanya menjaga atau memelihara nikmat yang tel… Read More

3 ulasan:

  1. salam,sy nak tanya kalau minyak rambut zaitun tu boleh guna tak?

    BalasPadam
  2. Bagaimana nk cairkn taik teling?

    BalasPadam
  3. Salam...nak tanya boleh ke guna baby oil pada budak berusia 3 tahun

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog