Isnin, 7 Oktober 2013

Tahukah anda semua mengorek telinga dengan menggunakan cotton bud atau putik kapas sangat bahaya? Ia boleh menyebabkan masalah pendengaran dan mungkin akan merosakkan gegendang telinga jika dikorek terlalu dalam.Kebanyakkannya suka dengan cotton bud kan sebab rasa geli-geli gitu tapi ingat jangan terlalu dalam ye...

Teringat pulak pasal anak saudara yang pernah termasuk cotton bud dalam telinga.Umur 5 tahun tapi nak korek telinga sendiri....dah tertinggal kapas dalam telinga...terus bawa pergi klinik..doktor bagi ubat untuk titiskan dalam telinga,hampir sebualn baru terkeluar kapas tu...sampai sekarang dia dah serik nak korek telinga.....memang bahaya..pada ibu-ibu tu awasilah anak-anak apabila mereka mengorek telinga...

Kalau nak tahu,ada caranya untuk membersihkan dan mencairkan tahi telinga tu hanya dengan menggunakan baby oil dan air suam sahaja .

TIPS MEMBERSIHKAN DAN MENCAIRKAN TAHI TELINGA :

  • hanya gunakan baby oil dan titiskan beberapa titis ke dalam telinga
  • sengetkan kepala sedikit semasa menitiskan baby oil tu supaya ia masuk ke dalam telinga
  • ulangi langkah tersebut dalam masa 2 hingga 3 hari supaya tahi telinga yang keras akan menjadi lembut
  • pada hari yang ketiga ambil air suam dan titiskan ke dalam telinga
  • semasa titiskan air suam tu,pastikan kepala disengatkan dan telinga ditarik sedikit supaya air suam terus masuk ke dalam telinga
  • kemudian terus pergi ke sinki,sengetkan kepala insyaallah tahi telinga atau ear wax akan keluar dengan lancar



minyak bayi

selamat mencuba....

Related Posts:

  • KESAN TERHADAP KESIHATAN SELEPAS MAKAN SHAKLEEShaklee merupakan salah satu suplemen atau makanan tambahan yang diambil bertujuan untuk membaikpulih tahap kesihatan kita.Dalam entry yang lepas saya sudah berkongsi info tentang " Kenapa Kita Perlu Ambil Suplemen ".Di harap… Read More
  • FAKTA TENTANG KHASIAT DAUN KARIUntuk pengetahuan semua, daun kari bukan sahaja penambah rasa di dalam masakan tetapi ia mempunyai khasiat yang tersendiri.Pasti kita semua mengenali rupa daun kari kan.Mudah ditanam dan didapati di mana sahaja. Daun ka… Read More
  • FAKTOR PENYEBAB FIBROID ATAU CYCTSUterine fibroid atau ovarian cycts adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai ' rahim bengkak '. Secara amnya rahim ialah uterus terdiri dari pangkal rahim,badan rahim dan saluran fallopian.Ovari … Read More
  • KENAPA PERLU AMBIL SUPLEMEN?APA ITU SUPLEMEN ? Suplemen atau makanan tambahan adalah produk-produk pemakanan yang mengandungi vitamin,garam galian,asid amino,herba dan sebarang ekstrak campuran bahan-bahan ini. Suplemen Shaklee SIAPA YANG MEMERLU… Read More
  • BAHAN KIMIA PENYEBAB KANSER PAYUDARAKanser payudara adalah penyakit yang amat ditakuti oleh semua wanita.Secara amnya menunjukkan satu daripada lapan wanita akan mengidap penyakit itu.Setiap tahun bilangan kematian seramai 40,000 kes di seluruh dunia. APA… Read More

3 ulasan:

  1. salam,sy nak tanya kalau minyak rambut zaitun tu boleh guna tak?

    BalasPadam
  2. Bagaimana nk cairkn taik teling?

    BalasPadam
  3. Salam...nak tanya boleh ke guna baby oil pada budak berusia 3 tahun

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog