Ahad, 28 September 2014

Orang dulu-dulu memang banyak petua yang diamalkan.Antara petua yang biasa dilakukan oleh mak dan ayah saya ialah:

1) PETUA HILANGKAN SEDU BAYI
Petua ni memang nampak mengarut..hehe tapi selalu diamalkan apabila bayi  yang mengalami sedu.Letak cebisan benang atau kain di dahi.Tapi masih sedu juga.Tak tahulah apa tujuannya tu.

2) MERAWAT KELEMUMUR
Saya biasa tengok ayah saya buat petua ni.Perah air limau nipis atau limau purut dan lumurkan rata-rata di atas kulit kepala.Tutup rambut dengan tuala dan biarkan beberapa jam.Kemudian bilas dengan air suam.Mungkin petua ni dapat menghilangkan kegatalan kulit kepala.

Limau purut

3) MENYUBURKAN TANAMAN
Petua ni memang berkesan.Ayah saya nelayan,jadi selalu bawa balik banyak ikan.Lepas siap menyiang semua ikan,air perut ikan tu mak saya tak buang.Dia guna untuk menyiram pokok tanaman tau.Siram atas tanah.Cubalah...

4) KECUTKAN JERAWAT
Dulu masa zaman sekolah selalu juga amalkan petua ni.Asahkan kulit kayu manis dan sapukan pada jerawat.Inshaallah cepat kecut jerawat tu.

Kulit kayu manis.

5) LEMBUTKAN DAGING
Petua ni memang selalu diamalkan oleh kebanyakan orang.Letakkan sudu ke dalam masakan daging.Masak sekali dengan sudu-sudu tu.Itu petua untuk melembutkan daging supaya cepat masak.

Petua orang lama ni kadang-kadang berguna juga.Nampak tradisional dan semulajadi gitu.


Related Posts:

  • PETUA ELAK ANAK KENCING MALAMAnak kencing malam memang biasa berlaku terutamanya yang berusia 3 tahun hingga 7 tahun.Masalah ini menyebabkan ibu bapa runsing apabila anak-anak terlalu kerap kencing di tempat tidur.Setiap hari terpaksa menjemur tilam. … Read More
  • KELEBIHAN HALIAHalia memang tidak asing lagi buat kita semua.Setiap rumah pasti mempunyai halia di dapur.Banyak masakan dan hidangan yang menggunakan halia.Tetapi tahukah anda ,halia mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita?? ANT… Read More
  • CARA MENGURUS URI ANAKAPA ITU URI ? Uri atau dikenali sebagai plasenta dan ada juga yang menyebut tembuni.Uri adalah teman rapat atau kembar bayi semasa di dalam kandungan dan uri sangat penting kepada bayi.Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di … Read More
  • KESAN MINUM AIR KETIKA MAKANTahukah anda bahawa meminum air ketika makan memberi kesan yang buruk kepada kita?? Waktu yang paling tidak sihat minum air atau sebarang minuman adalah ketika makan ! Air yang diambil ketika makan akan memberi kesan bu… Read More
  • AMALAN IBU SEMASA HAMILSemasa hamil,banyak perkara yang perlu diambil perhatian oleh para ibu.Lebih-lebih lagi pantang larang semasa hamil perlu dielakkan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Selain itu juga,kesihatan sangat pent… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog