Selasa, 8 Oktober 2013

Semasa hamil pelbagai masalah yang harus dihadapi oleh para ibu terutamanya yang pertama kali mengandung.Pasti perkara ini membuatkan ibu-ibu tertekan untuk menghadapinya.
Terdapat beberapa tips untuk menangani masalah tersebut iaitu :

1) mual dan muntah - lebih dikenali sebagai 'morning sickness'.Pada kebiasaannya ia berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan atau sejak awal sehingga minggu ke 6 kehamilan.Tetapi tidak semua ibu mengandung mengalami masalah ini.
Tips mengatasi : ibu perlu mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.Ia bagi memudahkan makanan itu dicerna.Dicadangkan mengambil bijirin kering,roti kering atau biskut.

2) sembelit dan buasir - kebiasaannya terjadi pada trimester ke 3.Ibu hamil mungkin mengalami buasir disebabkan oleh pembuluh darah yang bengkak pada anus ( lubang dubur) .Ini terjadi kerana berat janin dan tekanan pada usus.
Tips mengatasi : ibu perlu mengambil lebih cairan,makanan yang tinggi serat dan makanan yang kering seperti buah prun kering dan buah ara.

3) pedih ulu hati - terjadi kerana peningkatan hormon progestrone,menyebabkan relaksasi otot pencernaan dan tumbesaran janin meningkatkan tekanan pada perut ibu hamil.Asid perut kembali naik ke esofagus dan menyebabkan rasa seperti  pedih terbakar pada bahagian berhampiran ulu hati.
Tips mengatasi : ibu perlu mengurangkan pengambilan makanan sebelum tidur,menghadkan makanan yang diambil pada satu masa dan menghindarkan makanan berminyak serta pedas.

4) edema dan kaki kejang - biasanya berlaku pada trimester ke 3.Disebabkan oleh tekanan rahim yang membesar pada vena kava.
Tips mengatasi : minum air yang banyak dan melakukan senaman.Hindari makanan yang terlalu banyak natrium dan makanan ringan.Tingkatkan pengambilan kalium,kalsium dan magnesium.Magnesium laktat boleh mengurangkan kekejangan kaki.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu-ibu yang hamil...:)



Related Posts:

  • SIAPA YANG BOLEH TERIMA DARAH ANDA ?Jom kita kenali jenis darah dan siapakah yang boleh menerima dan menderma kepada kita....Saya jenis darah B+ , jadi saya boleh menderma kepada mereka yang mempunyai darah jenis B+ dan AB+.Manakala , saya pula hanya boleh mene… Read More
  • PETUA RAWAT BISA GIGITAN LIPANAssalamualaikumTerkena gigitan haiwan berbisa seperti lipan sangat menyakitkan.Apatah lagi jika dialami oleh kanak-kanak.Sungguh mengerikan.Saya paling geli dengan binatang ni.Eeeeeee...memang geli sangat kalau tengok lipan m… Read More
  • PANTANG URATOrang tua-tua dulu amat menitikberatkan pemakanan untuk memelihara kesihatan urat badan kita.Lebih-lebih lagi yang baru melahirkan anak.Saya kongsikan di bawah makanan yang perlu dielak untuk kesihatan urat badan:Semoga berma… Read More
  • 6 TIPS PENJAGAAN KULIT UNTUK CUACA PANASBerikut adalah 6 langkah-langkah mudah yang boleh membantu kita mengekalkan kulit yang cantik sepanjang tahun! 1) PERLINDUNGAN KESELURUHAN Sebelum menghabiskan masa di luar rumah,sapukan pelindung matahari dengan perlind… Read More
  • DIET YANG SIHAT , KULIT YANG SIHATTahukah anda bahawa pemakanan memainkan peranan besar untuk kulit cantik ? Makan secara sihat membantu kita mengekalkan kulit yang berseri secara semulajadi.Jadi,pastikan kita memakan makanan yang bermanfaat untuk kulit hari … Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog