Jumaat, 19 September 2014

Hari ni saya ingin berkongsi tentang tips untuk mengemas rumah yang cepat dan tersusun.Sebagai seorang wanita yang sudah berumahtangga pasti inginkan  kediaman kita sentiasa berada dalam keadaan yang kemas dan bersih.Yang paling mencabar jika mempunyai anak-anak yang masih kecil.Dah tentu rumah bersepah dengan mainan diaorang kan.Dengan buku sekolahnya,kain baju lagi.Merata-rata je letaknya.Ibulah yang tukang simpan,yang tukang kemaskan.Memang memenatkan,tambahan pula ibu yang bekerja.Tunggang langganglah rumah.Harap-harap tips ni boleh membantu ye...

1. PENGURUSAN KAIN BAJU


  • Bila cakap pasal kain baju, ada 3 perkara penting yang mesti kita buat iaitu membasuh,menyidai dan melipat.Part yang paling malas nak buat mesti melipat.Tips yang paling mudah adalah sewaktu nak menyidai ,hangerkan semua baju yang kita rasa tak perlu untuk dilipat contohnya kemeja.Dah kering terus sangkutkan ke dalam almari.Senangkan.
  • Pastikan baju dibasuh setiap hari atau 2 hari sekali supaya tak bertimbun nanti lagi banyak kerja jadinya.
2. MENGEMOP LANTAI
  • Mengemop lantai pula tidak perlu dilakukan setiap hari.Memadai hanya seminggu sekali atau 2 kali sahaja.Perkara pertama sebelum mop lantai,perlulah vakum dulu supaya habuk dan sampah sarap tu dapat disingkirkan.Kerja mengemop akan lebih mudah.
  • Perlu dilakukan pada cuaca yang panas agar lebih cepat lantai kering.
3. MENYIMPAN BARANGAN

Rak penyimpanan barangan 
  • Sediakan kotak menyimpan barang untuk menyimpan segala jenis barangan seperti mainan anak-anak.Buku-buku dan bahan bacaan pula sesuai diletakkan di rak supaya mudah diambil dan tersusun rapi.Nampak lagi kemas.
4. JANGAN TUNGGU HUJUNG MINGGU !
  • Perkara yang paling penting adalah jangan tunggu hujung minggu untuk melakukan semua perkara.Ini akan menyebabkan kerja kita semakin banyak.Nak basuh baju,nak lap lantai,lipat baju,iron baju lagi,cuci bilik air dan pelbagai lagi.Jika semua kerja-kerja tu nak buat hujung minggu memang memenatkan dan tak sempat .
  • Pandai-pandailah kita bahagikan masa selama 5 hari tu untuk mengemas rumah.Lagi 2 hari tu gunakanlah untuk kita berehat dan luangkan masa bersama keluarga bagi wanita yang bekerja.Jadi hujung minggu kita akan lebih relaks.

mengemas rumah

Semoga tips ini memberi manfaat buat kita semua.....


Related Posts:

  • KENAPA PERLU AMBIL SUPLEMEN?APA ITU SUPLEMEN ? Suplemen atau makanan tambahan adalah produk-produk pemakanan yang mengandungi vitamin,garam galian,asid amino,herba dan sebarang ekstrak campuran bahan-bahan ini. Suplemen Shaklee SIAPA YANG MEMERLU… Read More
  • TIPS KEMAS RUMAHHari ni saya ingin berkongsi tentang tips untuk mengemas rumah yang cepat dan tersusun.Sebagai seorang wanita yang sudah berumahtangga pasti inginkan  kediaman kita sentiasa berada dalam keadaan yang kemas dan bersih.Yan… Read More
  • KHASIAT DAUN PANDANDaun pandan memang biasa kita tengok kan.Pokoknya mudah je nak tanam.Kebanyakan rumah pasti ada menanam pokok pandan.Nak buat kuih muih tradisional,nasi lemak dan pelbagai lagi masakan yang memerlukan daun pandan.Daun pandan … Read More
  • TIPS KECANTIKAN CARA ISLAMSemua orang nak cantik ,sihat dan kekal awet muda terutamanya kaum wanita.Awet muda bukan bertujuan menidakkan fitrah kejadian manusia ,bukan untuk mengubah ciptaanNya tetapi kita hanya menjaga atau memelihara nikmat yang tel… Read More
  • KESAN TERHADAP KESIHATAN SELEPAS MAKAN SHAKLEEShaklee merupakan salah satu suplemen atau makanan tambahan yang diambil bertujuan untuk membaikpulih tahap kesihatan kita.Dalam entry yang lepas saya sudah berkongsi info tentang " Kenapa Kita Perlu Ambil Suplemen ".Di harap… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog