Ahad, 6 Oktober 2013

Anak kencing malam ?? Satu masalah yang agak biasa berlaku pada ibu bapa yang mempunyai anak-anak dalam lingkungan umur 3 hingga 6 tahun.
Kencing malam atau dalam istilah perubatannya ialah enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak.Pada kebiasaannya tabiat ini akan berhenti sendiri apabila kanak-kanak berusia 6 hinnga 7 tahun.
Namun jika masalah ini berterusan tanpa ada tanda untuk berhenti,ia satu penyakit yang mesti dirawat kerana mungkin berkaitan dengan masalah saraf tunjang,jangkitan kuman pada air kencing,diabetes atau buah pinggang.

Antara punca kencing malam ialah :
 Menurut pakar kanak-kanak,ada beberapa faktor yang berkait rapat dengan masalah kencing malam iaitu :
~ faktor keturunan , kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur
~ disebabkan ruang pundi kencing kanak-kanak itu bersaiz kecil
~ kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Hormon ini penting untuk mengurangkan penghasilan air kencing pada waktu malam

Tips untuk mengatasi kencing malam ialah :

  • antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam dikalangan kanak-kanak ialah dengan menggunakan hipnosis.Kajian tersebut talah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway yang jelas mengatakan antara keadah berkesan mengatasi masalah tersebut
  • elakkan memberi anak susu atau air minuman sebelum 2 atau 3 jam mereka tidur
  • sekiranya sedang melatih anak bebas lampin,kejutkan anak bangun untuk membuang air kecil 2 hingga 3 jam selepas mereka tidur.Lama kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin tersebut
  • jangan marah atau memalukan mereka atas perbuatan tersebut.Mereka bukan sengaja sebaliknya berilah sokongan kepada mereka
  • beritahu anak kenapa mereka tidak boleh kencing di tempat tidur.Ajar mereka tentang kebersihan dan hukum kencing sebagai najis dan sebagainya
  • cara psikologi iaitu dengan sistem ganjaran dan penghargaan.Puji mereka apabila mereka berjaya tidak kencing di tilam supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri
  • sebagai ibu kita mestilah banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif dalam menangani masalah ini
Anak saya yang pertama ,perempuan alhamdulillah tidak ada masalah kencing malam.Tetapi,anak lelaki yang kedua ni umur 5 tahun hampir setiap hari kencing di tilam.Adoi....dah ajar dia sebelum tidur mesti kencing dulu tapi kadang-kadang dia malas nak buat....itulah masalahnya...sabar jelah....nak tahu apa yang saya buat? pakaikan je dia pampers yang saiz xl....nak buat macam mana...umur 5 tahun tapi masih pakai pampers.....saya harap sangat masalah ni tidak berlanjutan sehingga dia berusia 6 tahun....huhuhu...



Related Posts:

  • KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBUSalam semua..... Harapan saya agar semua ibu-ibu sihat dan ceria dalam melayan karenah anak-anak ni...saya pasti ramai ibu diluar sana yang menyusukan bayi mereka kan...ia merupakan satu pengalaman yang paling berharga buat k… Read More
  • PETUA UNTUK TURUNKAN SUHU ANAK-ANAK YANG DEMAMPETUA TRADISIONAL TURUNKAN SUHU ANAK DEMAM Salam semua...bagaimana dengan kesihatan anda hari ini...keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu,menyebabkan anak-anak terdedah kepada pelbagai penyakit terutamanya demam,selsema … Read More
  • MASKER SEMULAJADI DENGAN SHAKLEE ESP DAN VITAMIN E Salam semua....masih dalam mood raya kan...macam-macam yang kita makan dalam musim perayaan ni...makanan berlemak seperti rendang daging,nasi minyak,kari ayam dan pelbagai lagi...semua tu menyumbang k… Read More
  • PETUA UNTUK KULIT TEGANGKHASIAT LOBAK MERAH Tahukah anda lobak merah mempunyai pelbagai khasiat dan petua untuk diamalkan?Saya ingin berkongsi satu petua untuk menegangkan kulit hanya dengan menggunakan lobak merah...Kebanyakkan wanita perteng… Read More
  • KHASIAT ULAM ULAMANMasyarakat melayu terkenal dengan amalan memakan ulam ulaman untuk mengekalkan kesihatan dan awet muda.Terdapat pelbagai jenis ulam ulaman yang menjadi kegemaran semua.Terlalu banyak untuk disenaraikan ye..nanti tak dapat nak… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog