Khamis, 8 Januari 2015

Bentuk tubuh yang menarik dan mengiurkan pasti menjadi idaman setiap wanita.Bagaimana perasaan korang jika memiliki badan yang agak kurus tapi paha yang besar ? Tentu korang rasa malu.Betul tak ? Tapi,jangan tak tahu,sebenarnya ada rahsia di sebalik wanita yang berpaha besar yang perlu anda tahu.Apa rahsianya tu ?


 Ukur paha anda sekarang....hihi

KEBAIKAN MEMILIKI PAHA YANG BESAR
  • Di London,satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki paha dan punggung yang besar kurang berisiko diserang penyakit jantung dan kencing manis.Kumpulan saintis itu menyatakan lemak paha dan punggung boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.
  • Berbanding dengan sel lemak yang terdapat di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.
  • Lemak paha dan punggung juga mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercdpatkan pembakaran lemak.
" Lemak di sekitar paha dan punggung berbeza dengan lemak di perut.Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolestrol berfaedah dan kolestrol yang berbahaya ." kata ketua kajian tersebut 
Dr. Konstantinos Manolopoulos....( uniknya nama...hehe )

Kredit : Tips - Petua

4 SEBAB PAHA BESAR
Selain itu,ada sebab mengapa paha korang lebih besar berbanding orang lain iaitu :

1) Terlalu banyak duduk
- Terlalu banyak menghabiskan masa dengan duduk boleh memberi kesan yang ' tidak cantik ' di bahagian paha.Ini kerana apabila kita dalam posisi duduk paha semakin mengembang.

2) Salah pilih jenis seluar
- Kalau nak pakai seluar jangan pakai yang jenis seperti palazo kerana paha akan terus mengembang dan berubah bentuk tanpa kita sedari.Konsepnya ialah lebih ketat lebih padat...

3) Keturunan
- Jika ada dikalangan ibu atau kakak korang yang memiliki paha yang besar,itu tandanya korang mewarisi genetik paha yang besar.

4) Bentuk tubuh
- Bentuk badan juga menentukan saiz paha kita.Jadi,jangan risau jika kita memiliki paha yang besar,itu tidak bermaksud kita gemuk dan mempunyai masalah dalam mengawal berat badan.Contohnya bentuk badan seperti buah pear...cantik tuuu....

Bertuahlah buat mereka yang memiliki paha dan punggung yang besar tu.Ada kebaikannya tau.Macam selebriti berpunggung besar , Jeniffer Lopez (JLO) dan Beyonce.Mereka tu contoh ikutan yang lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak...




Related Posts:

  • PANDUAN HADAPI BAYI TERCEKIKSudah banyak kes yang kita dengar tentang kematian bayi yang tercekik akibat minum susu atau makanan lain.Kes-kes seperti ini biasanya berlaku di pusat jagaan anak-anak yang memerlukan pengasuh menjaga lebih daripada seorang … Read More
  • CARA MEMANDIKAN BAYI BARU LAHIRKelahiran bayi amat dinanti-nantikan oleh pasangan yang ingin menimang cahaya mata.Namun sudahkah anda bersedia untuk menguruskan pelbagai keperluan untuk bayi yang baru lahir ini? Bayi yang baru lahir amat memerlukan perhati… Read More
  • KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBUSalam semua..... Harapan saya agar semua ibu-ibu sihat dan ceria dalam melayan karenah anak-anak ni...saya pasti ramai ibu diluar sana yang menyusukan bayi mereka kan...ia merupakan satu pengalaman yang paling berharga buat k… Read More
  • MERAWAT DAN MENCEGAH RUAM LAMPINMasalah ruam lampin perlu diambil berat oleh ibu-ibu kerana jika dibiarkan ia akan memberi kesan yang lebih teruk.Ruam lampin terjadi disebabkan oleh sentuhan air kencing pada kulit punggung dan kelangkang bayi terlalu lama a… Read More
  • KHASIAT ULAM ULAMANMasyarakat melayu terkenal dengan amalan memakan ulam ulaman untuk mengekalkan kesihatan dan awet muda.Terdapat pelbagai jenis ulam ulaman yang menjadi kegemaran semua.Terlalu banyak untuk disenaraikan ye..nanti tak dapat nak… Read More

3 ulasan:

  1. baru tahu juga tentang kebaikan tersebut..

    p/s :Jemput baca ke blog Buku Online

    BalasPadam
  2. Ana ni terlalu banyak duduk rassnya.. huhu

    BalasPadam
  3. Ana ni terlalu banyak duduk rassnya.. huhu

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog