Khamis, 8 Januari 2015

Bentuk tubuh yang menarik dan mengiurkan pasti menjadi idaman setiap wanita.Bagaimana perasaan korang jika memiliki badan yang agak kurus tapi paha yang besar ? Tentu korang rasa malu.Betul tak ? Tapi,jangan tak tahu,sebenarnya ada rahsia di sebalik wanita yang berpaha besar yang perlu anda tahu.Apa rahsianya tu ?


 Ukur paha anda sekarang....hihi

KEBAIKAN MEMILIKI PAHA YANG BESAR
  • Di London,satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki paha dan punggung yang besar kurang berisiko diserang penyakit jantung dan kencing manis.Kumpulan saintis itu menyatakan lemak paha dan punggung boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.
  • Berbanding dengan sel lemak yang terdapat di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.
  • Lemak paha dan punggung juga mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercdpatkan pembakaran lemak.
" Lemak di sekitar paha dan punggung berbeza dengan lemak di perut.Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolestrol berfaedah dan kolestrol yang berbahaya ." kata ketua kajian tersebut 
Dr. Konstantinos Manolopoulos....( uniknya nama...hehe )

Kredit : Tips - Petua

4 SEBAB PAHA BESAR
Selain itu,ada sebab mengapa paha korang lebih besar berbanding orang lain iaitu :

1) Terlalu banyak duduk
- Terlalu banyak menghabiskan masa dengan duduk boleh memberi kesan yang ' tidak cantik ' di bahagian paha.Ini kerana apabila kita dalam posisi duduk paha semakin mengembang.

2) Salah pilih jenis seluar
- Kalau nak pakai seluar jangan pakai yang jenis seperti palazo kerana paha akan terus mengembang dan berubah bentuk tanpa kita sedari.Konsepnya ialah lebih ketat lebih padat...

3) Keturunan
- Jika ada dikalangan ibu atau kakak korang yang memiliki paha yang besar,itu tandanya korang mewarisi genetik paha yang besar.

4) Bentuk tubuh
- Bentuk badan juga menentukan saiz paha kita.Jadi,jangan risau jika kita memiliki paha yang besar,itu tidak bermaksud kita gemuk dan mempunyai masalah dalam mengawal berat badan.Contohnya bentuk badan seperti buah pear...cantik tuuu....

Bertuahlah buat mereka yang memiliki paha dan punggung yang besar tu.Ada kebaikannya tau.Macam selebriti berpunggung besar , Jeniffer Lopez (JLO) dan Beyonce.Mereka tu contoh ikutan yang lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak...





3 ulasan:

  1. baru tahu juga tentang kebaikan tersebut..

    p/s :Jemput baca ke blog Buku Online

    BalasPadam
  2. Ana ni terlalu banyak duduk rassnya.. huhu

    BalasPadam
  3. Ana ni terlalu banyak duduk rassnya.. huhu

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog