Isnin, 26 Mei 2014

Halia memang tidak asing lagi buat kita semua.Setiap rumah pasti mempunyai halia di dapur.Banyak masakan dan hidangan yang menggunakan halia.Tetapi tahukah anda ,halia mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita??


ANTARA KELEBIHAN HALIA IALAH :

1. Halia mengekalkan peredaran darah normal
~ Halia mengandungi kromium,magnesium dan zink yang boleh membantu memperbaiki aliran darah serta membantu mengelakkan kesejukan,demam dan peluh berlebihan.

2. Pencegahan demam dan selsema
~ Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selsema di seluruh asia.Kajian di University of Maryland Medical Centre mendapati, untuk merawat demam dan selsema di kalangan orang-orang dewasa,rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang di dalam air panas dan diminum 2 hingga 3 kali sehari.

3. Mencegah barah usus
~ Satu kajian di University of Minnesota mendapati ,halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/usus

4. Melegakan batuk dan kahak
~ Jika anda batuk,halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak.Dengan cara ini anda cepat pulih dari kesukaran bernafas

5. Rawatan kanser ovari
~ Serbuk halia mendorong mematikan sel-sel kanser ovari

6. Menguatkan imuniti
~ Halia membantu menguatkan sistem imun.Pengambilan halia setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

Semoga info yang dipaparkan ini memberi manfaat untuk kita semua....)

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU ,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA
COD: KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

Related Posts:

  • TANDA-TANDA PENGELUARAN TOKSINSecara umumnya, jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada ku… Read More
  • PETUA CEGAH JAUNDISJaundis atau demam kuning bagi bayi yang baru dilahirkan memang sering terjadi.Ramai yang mengatakan bahawa ibu-ibu yang mempunyai darah kumpulan O amat mudah untuk bayi mereka mengalaminya.Bayi saya , Nur aisyahusna masuk wa… Read More
  • PANDUAN MUDAH BERSALINBuat bakal ibu yang akan bersalin tidak lama lagi pasti menanti saat itu dengan penuh debaran.Jangan risau sangat ok , tenangkan diri dan sentiasa fikirkan yang baik-baik sahaja.Saya ingin kongsikan buat bakal ibu semua beber… Read More
  • DIET YANG SIHAT , KULIT YANG SIHATTahukah anda bahawa pemakanan memainkan peranan besar untuk kulit cantik ? Makan secara sihat membantu kita mengekalkan kulit yang berseri secara semulajadi.Jadi,pastikan kita memakan makanan yang bermanfaat untuk kulit hari … Read More
  • 6 TIPS PENJAGAAN KULIT UNTUK CUACA PANASBerikut adalah 6 langkah-langkah mudah yang boleh membantu kita mengekalkan kulit yang cantik sepanjang tahun! 1) PERLINDUNGAN KESELURUHAN Sebelum menghabiskan masa di luar rumah,sapukan pelindung matahari dengan perlind… Read More

3 ulasan:

  1. Banyak kelebihan halia...selalu guna halia selain untuk masakan, buat air teh O halia.

    BalasPadam
  2. Emm biasanya makan dan minum air halia bila rasa kembung perut...alhamdulillah..mujarab gak..

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog