Rabu, 30 Oktober 2013

Masalah bengkak kaki atau Edema semasa hamil adalah masalah yang biasa dialami oleh ibu yang hamil.Pada kebiasaannya kaki akan lebih membengkak apabila kandungan memasuki trimester ketiga dalam fasa kehamilan.Tapi semasa hamil ketiga-tiga anak saya tu,kaki tidaklah serius sangat bengkaknya.Berbanding dengan adik saya ,setiap kali hamil pasti kakinya akan teruk bengkaknya.Memang serius...ngeri nak tengok...
Kaki bengkak ini sebenarnya disebabkan oleh lebihan air di dalam badan semasa hamil.Kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin.Saya ingin berkongsi beberapa tips bagi mengelakkan masalah bengkak kaki ini.Antaranya ialah :

  • Elakkan dari berdiri terlalu lama
  • Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi.Bagi mereka yang bekerja di pejabat,seeloknya letakkan sesuatu yang tebal sebagai pengalas kaki
  • Sewaktu tidur,alaskan kaki dengan bantal supaya kedudukannya lebih tinggi dari badan
  • Rehatkan diri seketika.Jika anda dah lama duduk,seeloknya bangun dan berjalan-jalan sekejap untuk membantu pengaliran darah yang baik ke bahagian kaki
  • Minum banyak air untuk membantu mengurangkan pengumpulan air di bawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak kaki
  • Elakkan dari memakai stokin yang ketat
  • Sewaktu tidur,wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan mengambil makanan 'junk food'
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua...:)



Related Posts:

  • KELEBIHAN MINUM AIR MASAKAir masak atau air kosong memang banyak kelebihannya.Namun tidak semua orang gemar untuk meminumnya.Kebanyakkannya lebih gemar meminum minuman yang manis dan berkarbonat.Tahukah anda semua, air kosong sangat bagus untuk kesih… Read More
  • TIPS MEMBERSIHKAN DAN MENCAIRKAN TAHI TELINGATahukah anda semua mengorek telinga dengan menggunakan cotton bud atau putik kapas sangat bahaya? Ia boleh menyebabkan masalah pendengaran dan mungkin akan merosakkan gegendang telinga jika dikorek terlalu dalam.Kebanyakkanny… Read More
  • ATASI ANAK KENCING MALAMAnak kencing malam ?? Satu masalah yang agak biasa berlaku pada ibu bapa yang mempunyai anak-anak dalam lingkungan umur 3 hingga 6 tahun. Kencing malam atau dalam istilah perubatannya ialah enuresis adalah perkara normal bagi… Read More
  • MERAWAT DAN MENCEGAH RUAM LAMPINMasalah ruam lampin perlu diambil berat oleh ibu-ibu kerana jika dibiarkan ia akan memberi kesan yang lebih teruk.Ruam lampin terjadi disebabkan oleh sentuhan air kencing pada kulit punggung dan kelangkang bayi terlalu lama a… Read More
  • TIPS MENGATASI MASALAH IBU MENGANDUNGSemasa hamil pelbagai masalah yang harus dihadapi oleh para ibu terutamanya yang pertama kali mengandung.Pasti perkara ini membuatkan ibu-ibu tertekan untuk menghadapinya. Terdapat beberapa tips untuk menangani masalah terseb… Read More

1 ulasan:

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog