Rabu, 30 Oktober 2013

Masalah bengkak kaki atau Edema semasa hamil adalah masalah yang biasa dialami oleh ibu yang hamil.Pada kebiasaannya kaki akan lebih membengkak apabila kandungan memasuki trimester ketiga dalam fasa kehamilan.Tapi semasa hamil ketiga-tiga anak saya tu,kaki tidaklah serius sangat bengkaknya.Berbanding dengan adik saya ,setiap kali hamil pasti kakinya akan teruk bengkaknya.Memang serius...ngeri nak tengok...
Kaki bengkak ini sebenarnya disebabkan oleh lebihan air di dalam badan semasa hamil.Kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin.Saya ingin berkongsi beberapa tips bagi mengelakkan masalah bengkak kaki ini.Antaranya ialah :

  • Elakkan dari berdiri terlalu lama
  • Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi.Bagi mereka yang bekerja di pejabat,seeloknya letakkan sesuatu yang tebal sebagai pengalas kaki
  • Sewaktu tidur,alaskan kaki dengan bantal supaya kedudukannya lebih tinggi dari badan
  • Rehatkan diri seketika.Jika anda dah lama duduk,seeloknya bangun dan berjalan-jalan sekejap untuk membantu pengaliran darah yang baik ke bahagian kaki
  • Minum banyak air untuk membantu mengurangkan pengumpulan air di bawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak kaki
  • Elakkan dari memakai stokin yang ketat
  • Sewaktu tidur,wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan mengambil makanan 'junk food'
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua...:)



Related Posts:

  • 6 TIPS PENJAGAAN KULIT UNTUK CUACA PANASBerikut adalah 6 langkah-langkah mudah yang boleh membantu kita mengekalkan kulit yang cantik sepanjang tahun! 1) PERLINDUNGAN KESELURUHAN Sebelum menghabiskan masa di luar rumah,sapukan pelindung matahari dengan perlind… Read More
  • DIET YANG SIHAT , KULIT YANG SIHATTahukah anda bahawa pemakanan memainkan peranan besar untuk kulit cantik ? Makan secara sihat membantu kita mengekalkan kulit yang berseri secara semulajadi.Jadi,pastikan kita memakan makanan yang bermanfaat untuk kulit hari … Read More
  • PANTANG URATOrang tua-tua dulu amat menitikberatkan pemakanan untuk memelihara kesihatan urat badan kita.Lebih-lebih lagi yang baru melahirkan anak.Saya kongsikan di bawah makanan yang perlu dielak untuk kesihatan urat badan:Semoga berma… Read More
  • PANDUAN MUDAH BERSALINBuat bakal ibu yang akan bersalin tidak lama lagi pasti menanti saat itu dengan penuh debaran.Jangan risau sangat ok , tenangkan diri dan sentiasa fikirkan yang baik-baik sahaja.Saya ingin kongsikan buat bakal ibu semua beber… Read More
  • SIAPA YANG BOLEH TERIMA DARAH ANDA ?Jom kita kenali jenis darah dan siapakah yang boleh menerima dan menderma kepada kita....Saya jenis darah B+ , jadi saya boleh menderma kepada mereka yang mempunyai darah jenis B+ dan AB+.Manakala , saya pula hanya boleh mene… Read More

1 ulasan:

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog